Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Lapan acara sukan dan Program Atlet Sihat warnai temasya Sukan Olimpik Khas Malaysia 2026
  • SUKAN

Lapan acara sukan dan Program Atlet Sihat warnai temasya Sukan Olimpik Khas Malaysia 2026

Utusan Sarawak 15 hours ago
DATO Sri Fatimah Abdullah yang juga Presiden Olimpik Khas Sarawak mempengerusikan mesyuarat Olimpik Khas Malaysia di Pelabuhan Bintulu hari ini.

BINTULU: Sebanyak lapan acara sukan akan dipertandingkan sempena Sukan Olimpik Khas Malaysia yang bakal berlangsung di Bintulu dari 24 hingga 26 April tahun depan.

Antara acara yang dipertandingkan adalah renang, bocce, ping pong, badminton, bola keranjang, bola sepak, trek dan balapan serta boling.

Lokasi pertandingan yang dikenal pasti termasuk Kolam Renang Awam Bintulu (renang), Dewan Suarah Bintulu (bocce dan ping pong), B&G Sports Centre (badminton), Basketball Association Bintulu (bola keranjang), BDA Synthetic Football Field (bola sepak), Stadium Bintulu (trek dan balapan), serta Bintulu Commerce Square (boling).

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, Bintulu bertuah kerana memiliki kemudahan sukan yang lengkap dan menepati piawaian, termasuk kemudahan baharu untuk acara boling yang akan digunakan buat pertama kali.

Selain pertandingan sukan, Program Atlet Sihat turut akan dijalankan sepanjang temasya, bagi memberikan pemeriksaan kesihatan menyeluruh kepada semua atlet.

Fatimah yang juga Presiden Olimpik Khas Sarawak berkata, program tersebut melibatkan pakar perubatan dan sukarelawan dalam pelbagai bidang termasuk jantung, pendengaran, penglihatan dan pergigian.

Menurutnya, program seumpama itu penting bagi memastikan atlet berada dalam keadaan kesihatan yang optimum, malah ia juga membantu mengesan masalah kesihatan yang tidak disedari sebelum ini.

Pendaftaran penyertaan temasya akan dibuka dalam tempoh dua minggu dan tarikh tutup penyertaan ditetapkan pada 31 Januari 2026.

Sebuah laman web khas turut akan diwujudkan bagi memudahkan proses pendaftaran dan urusan teknikal.

Tegas Fatimah, Olimpik Khas bukan sekadar medan pertandingan, tetapi platform untuk memperkasa individu berkeperluan khas upaya agar mereka dapat menyerlahkan potensi masing-masing melalui sukan.

“Setiap atlet akan melalui proses ‘divisioning’ bagi memastikan mereka bertanding mengikut keupayaan masing-masing.

“Kita mahu temasya ini menjadi yang terbaik dan paling bermakna buat semua atlet,” ujarnya.

Oleh Carolyne Utih

Continue Reading

Previous: Bintulu tuan rumah Sukan Olimpik Khas Malaysia 2026
Next: Zii Jia tarik diri Kumamoto Masters Jepun 2025

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.