Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Lans Koperal Ibrahim Alan kongsi pengalaman melawan komunis
  • TEMPATAN

Lans Koperal Ibrahim Alan kongsi pengalaman melawan komunis

Utusan Sarawak 5 years ago
KENANGAN… Ibrahim (kanan) bersama bekas tentera dan Yang Dipertua Persatuan Veteran Tentera Laut Diraja Malaysia Cawangan Sarawak, Thomas Ling (dua, kanan).

SIBU: Pihak tentera  pada awal 1980-an dan sebelumnya menghadapi musuh yang nyata dan sentiasa di dalam situasi yang genting dan mencemaskan.

Mungkin generasi muda tidak pernah menyangka pada zaman itu negeri kita masih dihantui oleh ancaman-ancaman anasir komunis kerana mereka berfikir ia hanya berlaku sebelum kemerderkaan sahaja.

Dengan keadaan yang sedemikian, menurut bekas tentera,  Lans Koperal Ibrahim Alan, amat terserlah semasa mereka ditugaskan dalam sesuatu operasi.

“Asal malam sahaja ada kedengaran tembakan pertempuran, sama ada daripada kompeni kami atau kompeni lain yang bersama dalam operasi yang disertai,” ujarnya.

Beliau menamakan Operasi JALA AMAN 1 dan JALA AMAN 2  sebagai terbesar yang pernah di sertai kerana ia melibatkan banyak unit atau kompeni.

OPS JALA AMAN 1

“Operasi itu adalah untuk mencari dan memusnahkan pihak komunis pada ketika itu. Iaitu di  kawasan Sibu dari Ulu Lanang, Salim, Julau dengan kawasan Naman adalah yang paling mencabar kerana hutannya sangat  tebal-bekas kawasan pembalakan suatu ketika dahulu,” tambahnya.

Tambahnya, kawasan Naman memang agak menggerunkan kerana  ia gelap gelita meskipun baru menunjukkan jam 6.00 petang.

“Pada jam sedemikian, rakan-rakan seperjuangan yang di sebelah pun saya tak nampak. Asal malam menjelma, semasa operasi itu ada sahaja bunyi tembakan. Ia sama ada dari kompeni atau unit kami yang dinamakan Bravo atau kompeni lain. Pernah kompeni saya bertempur,  berlakulah  tembak menembak untuk beberapa ketika dan kemudian berhenti. Kita tak akan percaya dengan keadaan yang sunyi itu dan terus berjaga-jaga dan tidak tidur sampai pagi,” tambahnya lagi.

Oleh kerana pihak musuh dikatakan menggunakan tektik serang hendap, setelah siang sebelum bergerak ke tempat lain  mereka membuat pemeriksaan  secara keseluruhan di persekitaran kawasan tersebut yang mendapati tiada pihak komunis dikesan di sana pada ketika  itu.

“Namun tak disedari kawan yang di sebelah saya  terkena  serpihan menyebabkan senjata dia putus `gas regulator’ membuatkan mukanya hitam. Selepas itu kita bergerak ke tempat lain yang hanya kira-kira 100 meter sahaja dan begitulah kita bergerak pada hari-hari seterusnya sehingga Operasi  JALA AMAN 1 tamat yang melibatkan banyak peluru habis bagi pihak tentera namun tidak mendapat musuh,”  ujarnya lagi.

OPS JALA AMAN 2

Justeru, pada operasi seterusnya, JALA AMAN 2, katanya, mereka hanya dibekalkan dengan hanya 20 butir peluru sahaja setiap seorang.

“Ia adalah untuk slogan kata ‘Satu Peluru Satu Musuh’ pada masa tersebut. Setelah ada pasukan lain ditembak musuh terkorban barulah kami dibekalkan semula dengan 150 lagi untuk barisan hadapan. Keseluruhan operasi pihak tentera dalam JALA AMAN 1 & 2  menyaksikan seramai 11 tentera terkorban, dan pihak musuh yang terkorban tidak dikenal pasti jumlahnya,” kata Ibrahim lagi.

Adalah difahamkan setelah tamat operasi berkenaan, pada 1984 Batalion Ke-8 Rejimen Renjer berpindah ke Melaka.

“Di Semenanjung kami juga membuat operasi di banyak kawasan.  Jika tidak beroperasi kami akan menyertai latihan termasuk tentera dari luar negara seperti Australia, New Zealand dan Indonesia,” katanya lagi.

Ibrahim berkata selepas perang terbuka, battalion mereka pun ditukarkan kepada pasukan payung terjun yang pertama.

“Setelah tiga tahun bersama Para,  saya bertukar ke 2 Rejimen Renjer yang berpengkalan di Sibu, setahun di Kem Syed Putra Ipoh Perak.  Perkhidmatan saya pun tamat di Ipoh setelah berkhidmat selama 15 tahun.  Tarikh tamat perkhidmatan ialah pada 10 April 1996,” katanya.

Ibrahim yang memasuki tentera pada 11 April 1981 dan menjalani latihan rekrut di Batalion Ke-8 Rejimen Renjer Kem Oya Sibu kini sudah berusia 60 tahun.

“Latihan selama empat bulan dan lanjutan dua bulan. Elaun pada ketika itu RM150 sahaja. Setelah tamat latihan saya diserapkan terus ke unit 8 Rejimen Renjer di kompeni Bravo. Hidup dalam tentera memang pelbagai pengalaman dan berbeza dengan orang awam. Susah senang semua ada, kalau tak operasi pasti ada latihan peperangan terbuka dan gorilla,” tambah Ibrahim.

Oleh Henry B Siyu

Continue Reading

Previous: Tanjong Datu sedia hadapi pilihan raya
Next: Jambatan Batang Paloh bukan janji kosong

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.