Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • ‘Langko’ warnai Tebingan Sungai Krian, Regata Kalaka tarikan utama Pesta Saratok
  • TEMPATAN

‘Langko’ warnai Tebingan Sungai Krian, Regata Kalaka tarikan utama Pesta Saratok

Utusan Sarawak 1 day ago
DERETAN ‘Langko’ yang mula didirikan oleh penduduk setempat di sepanjang Tebingan Sungai Krian sempena acara utama yang dinanti-nantikan iaitu Regata Kalaka bermula Jumaat ini. Foto: Piogambar

SARATOK: Kemeriahan Pesta Saratok 2025 mula terasa dengan deretan ‘Langko’ yang menghiasi Tebingan Sungai Krian, menjelang Regata Kalaka yang bakal berlangsung Jumaat ini.

Tradisi mendirikan Langko bukan sahaja menjadi simbol keterujaan penduduk terhadap pesta ini, tetapi juga lambang kebersamaan dan budaya masyarakat setempat yang masih utuh diamalkan hingga hari ini. 

Penduduk dari pelbagai rumah panjang dan perkampungan sekitar Saratok telah mula bertungkus lumus sejak beberapa hari lalu bagi membina langko masing-masing.

Bagi mereka yang sudah lama mengikuti Regata Kalaka atau dahulunya dikenali sebagai Regata Krian bahawa kemeriahan sebenar pesta ini tidak hanya terletak pada sengitnya perlumbaan perahu, tetapi pada suasana unik dan meriah deretan ‘Langko’ yang tersusun indah di sepanjang tebing Sungai Krian.

Kebanyakan penduduk mula tiba seawal empat hingga lima hari sebelum pesta bermula, menggunakan pelbagai kaedah perjalanan iaitu ada yang menaiki bot, memandu, malah ada juga yang menumpang kenderaan saudara-mara.

Langko ini menjadi tempat mereka bermalam, bersantai dan berkumpul sambil menikmati suasana pesta yang penuh warna-warni.

Tinjauan hari ini mendapati beberapa Langko telah siap dibina dan penghuninya sibuk mengatur ruang untuk keselesaan keluarga dan rakan-rakan. Ada juga yang mengambil inisiatif menjual makanan dan minuman di hadapan Langko mereka, menambah lagi suasana hidup dan ceria di tebingan sungai.

“Kami sangat menantikan saat-saat ini setiap tahun. Ini waktu untuk kami berkumpul, berbual, bergelak ketawa dan menyokong pasukan perahu masing-masing,” kata seorang penduduk yang sedang menyiapkan Langko bersama ahli keluarganya.

Walaupun bersifat sementara, Langko ini menjadi nadi kepada kemeriahan pesta. Sebaik sahaja semua acara berakhir, pondok-pondok ini akan dirobohkan, namun kenangan indah dan kebersamaan yang tercipta akan terus terpahat dalam ingatan mereka yang menyertainya.

Pesta Saratok 2025 bukan sekadar acara tahunan, tetapi satu peristiwa yang menghidupkan semula nilai gotong-royong, warisan budaya dan jalinan kekeluargaan yang kian jarang dilihat pada zaman moden ini.

Oleh Adi Safarman

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Festival Bahasa DBP cungkil bakat, semarakkan perpaduan bangsa
Next: Warga emas di Miri rugi RM500,000 terjerat pelaburan palsu ‘Aleesya Stock Trading’

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.