Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Langkah perluas rangkaian runcit SARA bantu penerima, PKS
  • SEMASA

Langkah perluas rangkaian runcit SARA bantu penerima, PKS

Utusan Sarawak 5 hours ago
ORANG ramai menggunakan bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) untuk membeli barangan keperluan semasa tinjauan di pasar raya Subham, baru-baru ini. Foto Bernama

KUALA LUMPUR: Tindakan memperluas rangkaian peruncitan Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kepada 10,000 berbanding 3,000 premis merupakan pencapaian penting dalam memastikan peruntukan RM8 bilion tahun ini menjadi jaringan keselamatan bagi 8.1 juta penerima.

Presiden Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SAMENTA) Datuk William Ng berkata langkah itu akan turut menyokong kalangan peruncit Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).

“Tindakan melipatgandakan jumlah premis terbabit akan membolehkan bantuan kerajaan itu menjadi mudah tunai segera untuk peruncit PKS dan membuka jalan untuk mereka menyertai ekonomi digital menerusi sistem pembayaran tanpa tunai yang berasaskan MyKad.

“Sebagaimana dinyatakan oleh SAMENTA sebelum ini, 2026 merupakan tahun kelangsungan bagi kebanyakan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) ekoran peningkatan kos pematuhan dan operasi. Integrasi kedai-kedai kecil ke dalam program SARA juga menjadi penampan hasil yang amat diperlukan,” katanya.

Beliau berkata apabila peruncit PMKS berkembang maju, keseluruhan rantaian bekalan, termasuk pemborong tempatan dan penyedia logistik akan turut mendapat manfaat daripada kesan pengganda daripada tindakan berkenaan.

Sambil menegaskan sokongan terhadap perluasan itu, SAMENTA menggesa Kementerian Kewangan dan Yayasan MyKasih untuk turut memastikan proses pendaftaran bagi 7,000 premis tambahan itu berjalan lancar tanpa kerenah birokrasi.

“SAMENTA memohon sokongan teknikal, termasuk bimbingan khusus bagi pemilik kedai warga emas atau mereka yang kurang mahir teknologi dalam mengendalikan terminal pembayaran MyKad.

“Kami juga berharap agar proses tuntutan bayaran balik kepada peruncit dapat dipercepatkan bagi mengekalkan aliran tunai mereka,” katanya.

-Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Agong berangkat rasmi istiadat pembukaan Parlimen
Next: Jenazah Nadia Kesuma selamat dikebumikan di Jeddah selepas Subuh

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.