Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Langkah KPM sekat wabak terus menular
  • TEMPATAN

Langkah KPM sekat wabak terus menular

Utusan Sarawak 5 years ago

LIMBANG: Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengambil satu keputusan melegakan semua ibu bapa di negara ini.

Pembatalan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) bagi tahun 2020 seperti yang diumumkan Menteri Pendidikan, Dr. Mohd Radzi Md Jidin kelmarin, satu keputusan tepat yang mengambil kira keadaan semasa negara yang belum terkawal sepenuhnya di negara daripada ancaman virus Covid-19.

Menteri Muda Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah, Datuk Dr. Abdul Rahman Ismail yang dihubungi menjelaskan, walaupun dari segi pertambahan kes baharu Covid-19 berkurangan pergerakan dan interaksi orang ramai akan berubah daripada kebiasaan normal khususnya melibatkan perhimpunan awam.

Menurutnya lagi, walaupun Covid-19 terkawal, kerajaan tidak mahu sebarang aktiviti peperiksaan diadakan kerana ia melibatkan orang ramai dan berkemungkinan akan ada wabak baharu wujud.

“Langkah berhati-hati adalah sangat penting pada masa sekarang,” jelasnya.

Sehubungan itu,  beliau berharap sebarang aktiviti perhimpunan yang melibatkan orang ramai perlu ditangguhkan sehingga tahun depan termasuk program yang melibatkan pihak sekolah.

Pada masa sama, ujarnya, pembatalan UPSR tidak akan menjejaskan penilaian terhadap tahap penguasaan murid kerana penilaian boleh dilakukan dengan pelbagai kaedah sesuai dengan kemajuan dunia hari ini.

Dr. Abdul Rahman yakin KPM akan memastikan dalam jua keadaan, akses murid kepada pengajaran dan pembelajaran (PdP) tetap diberi keutamaan termasuk pembelajaran dalam talian dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan sekarang.

Sementara itu, tambahnya, para guru perlu lebih kreatif dan inovasi dalam kaedah pembelajaran mereka kepada pelajar dan murid di rumah  kerana tidak semua pelajar memperolehi capaian Internet yang  memuaskan khusus mereka yang tinggal di kampung dan luar bandar.

Semua ini tegasnya, memerlukan kerjasama padu daripada ibu bapa selain menjadi cabaran kepada guru di Sarawak terutamanya guru di luar bandar.

Continue Reading

Previous: 142 ditangkap di seluruh Sarawak
Next: Tiga ekor burung hantu berjaya diselamatkan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.