Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Langkah kawalan sedang diambil, rakyat Malaysia di Indonesia diminta berwaspada – Duta Besar
  • GLOBAL

Langkah kawalan sedang diambil, rakyat Malaysia di Indonesia diminta berwaspada – Duta Besar

Utusan Sarawak 4 days ago
ANGGOTA polis berkawal di hadapan bangunan Dewan Perwakilan Rakyat Aceh (DPRA) di Banda Aceh semalam semasa protes pelajar menuntut reformasi polis dan pembubaran parlimen. Beribu-ribu orang berhimpun di seluruh Indonesia semalam, ketika tentera dikerahkan di ibu negara selepas enam orang terbunuh dalam protes di seluruh negara yang dicetuskan oleh kemarahan terhadap faedah mewah untuk penggubal undang-undang. Foto AFP

JAKARTA: Rakyat Malaysia yang bermastautin atau berkunjung ke Indonesia dinasihatkan terus memantau perkembangan semasa dan mengikuti arahan pihak berkuasa tempatan susulan rusuhan di Jakarta serta beberapa bandar utama sejak 28 Ogos lalu.

Duta Besar Malaysia ke Indonesia, Datuk Syed Mohamad Hasrin Tengku Hussin berkata setakat ini tiada rakyat Malaysia termasuk pelajar yang terjejas akibat insiden berkenaan.

Beliau menjelaskan pihak berkuasa tempatan sedang mengambil langkah sewajarnya untuk mengawal keadaan serta menjamin keselamatan orang ramai.

“Masyarakat dinasihatkan mengelak kawasan yang terlibat dengan rusuhan, sama ada di Jakarta mahupun di bandar-bandar lain di seluruh Indonesia,” katanya dalam temu bual bersama media Malaysia pada Selasa.

Bagi para pelajar Malaysia, Syed Mohamad Hasrin berkata pihak Education Malaysia di Indonesia sentiasa berhubung dengan mereka bagi memantau keadaan dan menyalurkan nasihat sewajarnya.

“Mereka juga berada dalam keadaan selamat,” katanya.

Menurut beliau, rakyat Malaysia yang merancang berkunjung ke Indonesia perlu membuat persiapan rapi termasuk merancang perjalanan dengan teliti, memastikan kewangan mencukupi, mendapatkan insurans perjalanan, serta mengikuti perkembangan terkini mengenai lokasi yang ingin dikunjungi.

Syed Mohamad Hasrin turut menasihatkan rakyat Malaysia agar melaporkan keberadaan mereka kepada pihak kedutaan bagi memudahkan sebarang tindakan jika diperlukan.

“Kedutaan sentiasa bersedia menjawab panggilan telefon, pertanyaan melalui e-mel dan WhatsApp bagi memberikan panduan sewajarnya. Kita akan terus melakukan perkara itu dan sekiranya perlu, kenyataan media rasmi akan dikeluarkan,” katanya.

Pada 29 Ogos, Kedutaan Malaysia di Jakarta dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa pihaknya sedang memantau rapi perkembangan terkini susulan siri demonstrasi yang bermula di kawasan Senayan, Jakarta Pusat.– Bernama

Continue Reading

Previous: Ribuan rakyat Indonesia berprotes, tentera dikerah ke ibu kota
Next: Lebih 1,000 terbunuh dalam tanah runtuh di sebuah kampung di Barat Sudan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.