Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Langkah bijak tidak laksana PKPB
  • TEMPATAN

Langkah bijak tidak laksana PKPB

Utusan Sarawak 5 years ago
AHLI Parlimen P206 Tanjong Manis, Ir. Yusuf Abd Wahab

EARL ANEK

SARIKEI: Keputusan Kerajaan Sarawak untuk tidak mengikuti langkah Kerajaan Pusat dengan memperkenalkan kelonggaran kepada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) adalah satu langkah yang sangat tepat dan bijak, kata Ahli Parlimen Tanjong Manis, Ir. Yusuf Abd Wahab.

Katanya, Sarawak masih lagi mencatat kes-kes positif Covid-19 setiap hari walaupun jumlah tersebut adalah kecil.

“Ini bermakna virus Covid-19 masih lagi menular dan rantaiannya masih ada dan menjangkiti pesakit baru setiap hari.

“Negeri kita belum bersedia untuk melaksanakan PKPB buat sementara waktu memandangkan masih ada lagi kes-kes positif yang dilaporkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JBPN) setiap hari,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi Utusan Sarawak, pagi semalam.

Jelasnya, Kerajaan Sarawak tidak mahu situasi yang terjadi kepada beberapa negara luar seperti Jepun yang baru-baru ini dilaporkan dalam media, sedang mengalami gelombang berulangnya penularan virus Covid-19 selepas menarikbalik peraturan PKP mereka sendiri.

“Saya berharap rakyat Sarawak dapat menerima kenyataan dan memahami kenapa kerajaan kita membuat keputusan ini demi kebaikan semua rakyat di negeri ini dan seterusnya memberi kerjasama untuk terus patuh kepada peraturan PKP.

“Ini demi memastikan supaya virus Covid-19 dapat terhapus dan pupus sepenuhnya dari bumi Sarawak yang kita sayangi.

“Sekali lagi saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua petugas-petugas di barisan hadapan yang terus gigih berkhidmat demi keselamatan dan kesejahteraan rakyat Sarawak,” ujarnya.

Continue Reading

Previous: Perasaan resah berakhir gembira
Next: Keputusan Sarawak untuk kepentingan rakyat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.