Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Lampu Pokok Krismas 2025 menyala meriah di Dataran Tun Tuanku Bujang
  • Tengah
  • WILAYAH

Lampu Pokok Krismas 2025 menyala meriah di Dataran Tun Tuanku Bujang

Utusan Sarawak 6 hours ago
PERASMIAN…Law (tujuh kiri) menyempurnakan upacara menyalakan lampu pokok Krismas 2025 di Gerbang Krismas Dataran Tun Tuanku Bujang Fasa 1, malam tadi. Turut kelihatan ialah Wee (10 kanan).

SIBU: Upacara menyalakan lampu pokok Krismas 2025 telah berlangsung meriah di Gerbang Krismas Dataran Tun Tuanku Bujang Fasa 1, di sini malam tadi.

Ahli Majlis Perbandaran Sibu, Kaunselor Michelle Law berkata, ini sekali gus mencerminkan semangat perpaduan dan kebersamaan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di bandar Sibu.

“Acara ini bukan sahaja menjadi simbol kemeriahan musim perayaan, malah berperanan sebagai platform menyatukan komuniti serta memperkukuhkan semangat perpaduan masyarakat berbilang kaum di bandar ini,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap mewakili Pengerusi MPS Clarence Ting menyempurnakan upacara tersebut, malam tadi.

Law berkata, sambutan itu turut mencerminkan matlamat Jawatankuasa Sosial dan Pembangunan Komuniti MPS yang menekankan usaha membawa masyarakat bersama-sama, mengeratkan hubungan silaturahim serta mewujudkan perayaan yang memberi impak positif kepada kesejahteraan penduduk.

“Sibu merupakan sebuah bandar yang istimewa dengan warisan budaya yang kaya, kehidupan di sepanjang Sungai Rajang serta semangat kerja kuat rakyatnya. Paling utama, kehangatan dan keikhlasan masyarakat menjadikan sambutan Krismas di sini begitu bermakna,” ujarnya.

Tambahnya, walaupun Krismas diraikan di seluruh dunia, sambutannya di Borneo mempunyai keunikan tersendiri yang meraikan kepelbagaian budaya serta nilai kebersamaan melalui perhimpunan keluarga dan rakan-rakan.

“Cahaya lampu Krismas yang menerangi pusat bandar Sibu diharapkan menjadi simbol harapan, keamanan dan kemakmuran untuk seluruh warga bandar ini,” ujarnya lagi.

Beliau merakamkan penghargaan kepada pasukan MPS serta jawatankuasa penganjur atas komitmen dan usaha berterusan mereka dalam menjayakan sambutan tersebut.

“Bersama-sama MPS, kami mengucapkan Selamat Menyambut Krismas kepada semua. Semoga perayaan ini membawa kegembiraan, kesihatan yang baik serta perpaduan yang berterusan kepada masyarakat Sibu,” kata beliau.

Sambutan Krismas 2025 anjuran MPS bertemakan ‘Krismas di Borneo’ akan berlangsung di Dataran Tun Tuanku Bujang Fasa 1 dan 2 pada 12 hingga 31 Disember ini.

Acara ini turut dianjurkan dengan kerjasama I-Concept Event Agency, Kingdom Music Academy, Gereja St. John’s Anglican, Gereja Methodist Zion, BEM Hosanna, Gereja Methodist Iban, Roman Catholic Diocese of Sibu, Bethel Bread of Life Christian Fellowship Sibu dan Gereja Methodist (Sibu West District).

Sebanyak enam pokok Krismas dihias dengan upacara perasmian dan penyalaan lampu telah berlangsung malam tadi. 

Turut hadir Pengerusi penganjur, Kaunselor Simon Wee serta yang lain.

Oleh Akun Giman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: MDS perkasakan sambutan Krismas melalui kreativiti dan kitar semula
Next: Majlis Riang Ria BBP Lutong perkukuh semangat kekeluargaan warga bomba

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.