Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Lampu isyarat pintar simpang Jalan Wawasan beroperasi Rabu ini
  • Tengah
  • WILAYAH

Lampu isyarat pintar simpang Jalan Wawasan beroperasi Rabu ini

Utusan Sarawak 5 hours ago
Royston Valentine ketika meninjau projek pemasangan lampu isyarat pintar di simpang Jalan Wawasan, Mukah, hari ini. Foto UKAS

MUKAH: Projek pemasangan lampu isyarat pintar di simpang Jalan Wawasan kini mencapai tahap kemajuan 99 peratus dan dijangka mula beroperasi pada Rabu ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian, Royston Valentine, berkata baki kerja yang tinggal hanya melibatkan pembersihan kawasan, penandaan jalan serta pelarasan pengesan, yang dijangka diselesaikan dalam tempoh sehari.

“Pengoperasian awal lampu isyarat pintar ini amat penting bagi memastikan kelancaran aliran trafik menjelang musim perayaan Krismas, memandangkan peningkatan jumlah kenderaan keluar masuk ke Mukah sepanjang tempoh tersebut,” katanya ketika meninjau projek berkenaan, hari ini.

Royston turut menzahirkan penghargaan kepada Pejabat Residen Bahagian Mukah, Majlis Daerah Dalat dan Mukah (MDDM), Kementerian Pengangkutan (MOT) serta pihak kontraktor atas komitmen memastikan projek disiapkan mengikut spesifikasi dan kualiti ditetapkan.

Beliau menjelaskan, projek tersebut sebelum ini berdepan cabaran melibatkan isu kabel bawah tanah dan utiliti yang memerlukan penyelarasan bersama Sarawak Energy Supply Corporation (SESCO), namun kerja pembinaan dapat diteruskan selepas masalah berkenaan diselesaikan.

Selain itu, kontraktor diminta menambah baik kedudukan pengesan berdasarkan pengalaman pelaksanaan lampu isyarat pintar di Simpang Setia Raja, bagi memastikan sistem pengesanan kenderaan berfungsi lebih efektif tanpa menjejaskan kelancaran trafik.

Royston berharap projek ini dapat meningkatkan tahap keselamatan jalan raya di kawasan berkenaan yang sebelum ini dikenal pasti sebagai lokasi kerap berlaku kemalangan, sekali gus memberi manfaat maksimum kepada pengguna.

Turut hadir Residen Bahagian Mukah, Datu Kueh Lei Poh, Ketua Polis Daerah Mukah, DSP Muhammad Rizal Alias dan Setiausaha MDDM, Abdul Razak. -UKAS

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: BBP Sarikei laksana pemantauan monsun timur laut di Terminal Ekspress I
Next: Ibu empat anak hidap kemurungan terima bantuan Hope Place

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.