Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Lampu isyarat baharu di Bulatan Jalan Tun Ahmad Zaidi beroperasi mulai 1 November
  • Utara
  • WILAYAH

Lampu isyarat baharu di Bulatan Jalan Tun Ahmad Zaidi beroperasi mulai 1 November

Utusan Sarawak 8 hours ago
Johnny Pang ketika ditemui media selepas meninjau persiapan pembukaan lampu isyarat baharu di Bulatan Jalan Tun Ahmad Zaidi, Bintulu hari ini.

BINTULU: Kemudahan lampu isyarat baharu di Bulatan Jalan Tun Ahmad Zaidi dijangka mula beroperasi pada 1 November ini, sekali gus membantu melancarkan aliran trafik serta meningkatkan keselamatan pengguna jalan raya di kawasan tersebut.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu, Johnny Pang Leong Ming berkata, projek pemasangan lampu isyarat itu siap enam bulan lebih awal daripada jadual asal, yang sepatutnya disiapkan pada 1 Jun tahun depan.

Johnny Pang bersama wakil kontraktor meninjau kerja-kerja akhir pemasangan lampu isyarat di Bulatan Jalan Tun Ahmad Zaidi, Bintulu hari ini.

“Saya juga ingin menasihatkan orang ramai agar mematuhi peraturan lampu isyarat apabila ia mula beroperasi. 

“Jangan seperti dahulu di Taman Tinggi, apabila lampu merah pun orang masih jalan, hijau pun jalan,” katanya ketika ditemui di tapak berkenaan hari ini.

Beliau berkata, pihak polis juga akan ditempatkan di lokasi tersebut bagi membantu melancarkan aliran trafik pada peringkat awal operasi serta memastikan pengguna memahami perubahan laluan baharu itu.

“Saya akan minta polis membuat rondaan sementara supaya orang ramai tahu bahawa lampu isyarat itu sudah berfungsi,” katanya.

Johnny Pang merakam gambar bersama wakil kontraktor semasa meninjau kerja-kerja akhir pemasangan lampu isyarat di Bulatan Jalan Tun Ahmad Zaidi, Bintulu hari ini.

Johnny Pang turut berterima kasih kepada kontraktor yang berjaya menyiapkan kerja lebih awal daripada jadual walaupun berdepan pelbagai cabaran semasa pelaksanaan projek.

“Kita tahu semasa kerja dijalankan, ramai pengguna jalan raya terjejas, tetapi kini projek sudah siap lebih awal dan boleh dimanfaatkan oleh semua,” ujarnya.

Kemudahan lampu isyarat di Bulatan Jalan Tun Ahmad Zaidi itu dijangka mengurangkan kesesakan dan meningkatkan keselamatan trafik di laluan utama menuju ke pusat bandar Bintulu.

Oleh Carolyne Utih

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: APM Saratok didik murid SK Nanga Assam ilmu keselamatan, disiplin berpasukan
Next: RTP project to upgrade Kampung Stampin community hall kitchen

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.