Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • ‘Lampu hijau’ Serie A kembali
  • SUKAN

‘Lampu hijau’ Serie A kembali

Utusan Sarawak 5 years ago

A stewart (Bottom C) stands in an empty tribune of the Allianz Juventus stadium on March 8, 2020 in Turin during the Italian Serie A football Match Juventus vs Inter Milan, played behind closed doors during the novel coronavirus outbreak. - The Italian Football Federation (FIGC) announced on May 20, 2020 that the season has been extended until August 20, 2020 with the hope of concluding all professional championships. (Photo by Vincenzo PINTO / AFP)

PEKERJA stadium berdiri di tempat kosong stadium Allianz Juventus pada 9 Mac lalu di Turin semasa perlawanan Serie A Itali antara Juventus dan Inter Milan berlangsung dalam stadium kosong semasa wabak Covid-19 . Dengan pandemik Covid-19 nampaknya semakin berkurang, bola sepak di Itali akan kembali pada 20 Jun nanti.• Foto AFP

SERIE A Itali diberi lampu hijau untuk disambung semula pada 20 Jun setelah diberhentikan selama tiga bulan dengan salah sebuah negara yang paling teruk dilanda pandemik Covid-19 mula melonggarkan sekatan.

Menteri Sukan, Vincenzo Spadafora berkata Jawatankuasa Teknikal dan Ilmiah Kerajaan (CTS) telah bersetuju dengan protokol kesihatan yang diusulkan oleh ketua bola sepak Itali.

“Itali sudah mulai kembali ke kehidupan normal, tidak mengapa bola sepak melakukan hal yang sama,” kata Spadafora.

“Persekutuan meyakinkan saya bahawa ia mempunyai Pelan B dan Pelan C. Dengan pertimbangan ini, kejuaraan dapat disambung semula pada 20 Jun,” katanya.

Presiden Persekutuan BOlasepak Itali (FIGC), Gabriele Gravina memberitahu menteri itu semasa sidang video bahawa akan ada sistem ‘play-off’ sekiranya kejuaraan terganggu sekali lagi sementara kedudukan yang ada akan digunakan jika dihentikan.

“Kami mengadakan pertemuan yang sangat berguna,” kata Spadafora. “Sejak awal, saya mengatakan bahawa bola sepak dapat dimulakan semula setelah semua syarat keselamatan dipenuhi.” jelasnya.

Tidak ada perlawanan peringkat tertinggi di Itali diadakan  sejak Sassuolo mengalahkan Brescia 3-0 pada 10 Mac.

Salah sebuah negara yang paling teruk dilanda wabak Covid-19 dengan lebih 33,000 kematian, bola sepak Itali kini menghadapi mimpi buruk dalam penyusuhan semula jadual bagi perlawanan yang akan berlangsung tanpa kehadiran penonton dan penyokong.

“Saya gembira dan berpuas hati. Permulaan semula bola sepak mewakili mesej harapan untuk seluruh negara,” kata Gravina.

Sebilangan besar pasukan mempunyai baki 12 perlawanan liga

tetapi terdapat empat perlawanan yang ditunda.

Spadafora mencadangkan agar Piala Itali dapat diselesaikan seminggu sebelum Serie A kembali beraksi.

Perlawanan kedua peringkat separuh akhir antara Inter Milan dan Napoli dan AC Milan dan Juventus boleh dilangsungkan pada 14 hingga 15 Jun dengan final pada 18 Jun.

Pengumuman untuk memulakan semula liga Itali berlaku sejurus selepas Liga Perdana Inggeris mengesahkan ia akan dimulakan semula pada 17 Jun. – AFP

Continue Reading

Previous: Liverpool hampiri kejuaraan
Next: Rahman berminat terajui PBBS

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.