Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Lamine Yamal dinobat atlet muda terbaik tahunan Anugerah Laureus
  • SUKAN

Lamine Yamal dinobat atlet muda terbaik tahunan Anugerah Laureus

Utusan Sarawak 4 hours ago
LAMINE Yamal dinobat sebagai Atlet Muda Terbaik Tahunan di Anugerah Sukan Dunia Laureus di Madrid, Sepanyol, selepas mengharungi musim cemerlang bersama Barcelona dan skuad kebangsaan Sepanyol.

LONDON: Penyerang berbisa Barcelona dan Sepanyol, Lamine Yamal, memenangi anugerah sulung Atlet Muda Terbaik Tahunan di Anugerah Sukan Dunia Laureus, lapor PA Media/dpa.

Majlis yang berlangsung di Madrid pada Isnin malam itu menyaksikan Yamal diiktiraf atas pencapaian cemerlangnya sepanjang tahun 2025.

Yamal melangkah ke tahun baharu sebagai pemenang Kejohanan Eropah (Euro) bersama skuad kebangsaan Sepanyol, selain menjadi watak penting yang membantu Barca merangkul kejuaraan “treble” domestik musim lepas.

Bintang remaja itu terus mempamerkan aksi konsisten musim ini, sekali gus meletakkan Barcelona dalam kedudukan selesa untuk memburu satu lagi kejuaraan LaLiga.

Kemenangan itu merupakan anugerah Laureus kedua buat Yamal selepas beliau memenangi kategori Anugerah Kejayaan Cemerlang Tahunan pada April tahun lepas.

Pada usia hanya 18 tahun, Yamal melakar sejarah sebagai atlet termuda yang berjaya memenangi dua anugerah Laureus. – Bernama-PA Media/dpa

Continue Reading

Previous: Piala Uber 2026: Thinaah optimis skuad wanita mampu bersinar di Horsens

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.