Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Eksklusif: Lambakan buah tempatan jejaskan harga
  • TEMPATAN

Eksklusif: Lambakan buah tempatan jejaskan harga

Utusan Sarawak 4 hours ago

LAMBAKAN BUAH…Peniaga terpaksa melelong buah durian pada harga murah ekoran lambakan raja durian itu ketika ini.

MIRI: Lambakan buah-buahan tempatan seperti durian, dabai, langsat, rambutan dan bambangan  yang memasuki pasaran serentak sepanjang musim puncak ketika ini menyebabkan kejatuhan harga.

Tinjauan Utusan Sarawak di beberapa pasar tamu dan gerai jualan tepi jalan mendapati sebahagian peniaga terpaksa menurunkan harga jualan bagi mengelakkan kerugian lebih besar, memandangkan buah-buahan berkenaan mempunyai tempoh kesegaran yang singkat.

Seorang peniaga buah tempatan, Roslan Ahmad, 47, berkata bekalan yang terlalu banyak dalam tempoh singkat menyukarkan peniaga menghabiskan jualan.

LAMBAKAN BUAH…Peniaga terpaksa melelong buah durian pada harga murah ekoran lambakan raja durian itu ketika ini.

“Buah seperti dabai dan langsat tidak boleh simpan lama. Kalau tidak habis dijual dalam dua atau tiga hari, kualitinya merosot dan terpaksa dibuang,” katanya ketika ditemui di sini.

Menurutnya, durian tempatan yang kebiasaannya mendapat sambutan juga terkesan apabila kuasa beli pengguna semakin berhati-hati, menyebabkan harga terpaksa diturunkan bagi menarik pembeli.

Dalam pada itu, seorang pembeli, Maria Jimbun, 36, berkata pengguna kini lebih cenderung memilih gerai yang menawarkan harga berpatutan kerana terdapat perbezaan harga ketara antara peniaga.

“Ada yang jual murah, ada juga yang masih mahal. Pembeli tentu pilih yang sesuai dengan kemampuan,” ujarnya.

Oleh Liong Chai ling

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Elemen hiburan tidak bersesuaian digugurkan, sambutan ambang Tahun Baharu Miri diteruskan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.