Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • RM80 juta diperuntukkan, laluan strategik ke Sibu-Tanjung Manis bakal dibina
  • Tengah
  • WILAYAH

RM80 juta diperuntukkan, laluan strategik ke Sibu-Tanjung Manis bakal dibina

Utusan Sarawak 3 weeks ago
SELAMAT DATANG… Ketibaan Datuk Abdullah Saidol disambut mesra oleh penduduk setempat. Foto UKAS

BINTANGOR: Projek pembinaan jalan penghubung dari Nanga Bangkit dan Muara Lebaan ke Jalan Sibu-Tanjung Manis yang sekian lama dinanti akhirnya bakal menjadi kenyataan dengan peruntukan mencecah RM80 juta, satu lonjakan besar berbanding anggaran awal yang hanya RM35 juta pada 2011.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS) Datuk Abdullah Saidol, berkata projek mega itu dijangka ditender tahun ini, membuka lembaran baharu akses jalan raya bagi penduduk luar bandar di kawasan tersebut.

UCAPAN…. Datuk Abdullah Saidol,berucap pada majlis ramah tamah Aidilfitri DUN Semop di Dewan Masyarakat Kampung Tanjong Bundong. Foto UKAS

Katanya, peningkatan kos yang begitu drastik mencerminkan keperluan semasa dan cabaran semasa pembinaan prasarana luar bandar.

“Masa mula-mula saya minta projek ini, 2011 kosnya RM35 juta. Pada 2016 saya minta lagi, adalah dalam RM40 lebih juta dan pada pilihan raya 2021, saya minta lagi dan saya dimaklumkan lebih kurang RM55 juta hingga RM60 juta.

“Pada 2025 ini, kos projek telah mencecah sehingga RM80 juta dan ini mengejutkan saya apabila kos telah berlipat kali ganda,” katanya.

Abdullah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semop berkata demikian semasa berucap di majlis ramah tamah Aidilfitri DUN Semop di Dewan Masyarakat Kampung Tanjong Bundong, semalam.

Meskipun kos meningkat berkali ganda, beliau tetap bersyukur kerana kerajaan masih bersedia menampung perbelanjaan tersebut demi manfaat jangka panjang kepada rakyat.

“Saya berharap projek ini dapat dimulakan sebelum penghujung tahun ini,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Abdullah turut mengumumkan dua lagi projek kecil untuk Kampung Tanjong Bundong iaitu pembinaan awning dewan menerusi Projek Kecil Luar Bandar (MRP) 2025 berjumlah RM60,796, dan menaik taraf jalan kampung bernilai RM58,620.

Katanya, kedua-dua projek tersebut akan dilaksanakan oleh Majlis Daerah Meradong dan Julau (MDMJ).

Peruntukan bagi kedua-dua projek itu telah disalurkan pada 27 Februari lalu dan kerja-kerja dijangka bermula pada bila-bila masa sahaja.

Abdullah turut menyeru agar rakyat terus memelihara keharmonian dan perpaduan antara kaum dalam meraikan sambutan perayaan.

Turut hadir ialah Pegawai Daerah Meradong, Thomas Geoffrey Kendawang, ketua masyarakat dan kaum (KMKK) serta penduduk Kampung Tanjong Bundong, Selemas dan Lebaan.

Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Perkukuh program komuniti, tingkatkan kesejahteraan penduduk kampung
Next: Sambutan Aidilfitri KASM 2025 meriah, tampilkan bakat muda Meradong

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.