Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Laluan Sibu Jaya East Boulevard ditutup sementara sempena Fiesta Air 2025
  • Tengah
  • WILAYAH

Laluan Sibu Jaya East Boulevard ditutup sementara sempena Fiesta Air 2025

Utusan Sarawak 2 days ago
 PETA…..Menunjukkan laluan di Sibu Jaya East Boulevard yang akan ditutup sementara mulai 3 hingga 6 September 2025 bagi memberi laluan kepada penganjuran Fiesta Air Sibu Jaya 2025.

SIBU: Jalan utama di kawasan komersial Sibu Jaya akan ditutup sementara bermula hari ini hingga 6 September bagi memberi laluan kepada penganjuran Fiesta Air Sibu Jaya 2025.

Menurut notis yang dikeluarkan oleh pihak penganjur, penutupan membabitkan Sibu Jaya East Boulevard mulai 3 September 2025 pada 10.00 malam hingga 6 September 2025 6.00 petang.

Penutupan jalan tersebut dilaksanakan bagi memastikan kelancaran acara serta keselamatan orang ramai sepanjang festival berlangsung yang dijangka menarik kehadiran pengunjung dari sekitar Sibu dan kawasan berhampiran.

Sehubungan itu, pengguna jalan raya dinasihatkan merancang perjalanan lebih awal dan menggunakan laluan alternatif sepanjang tempoh berkenaan.

Fiesta Air Sibu Jaya 2025 merupakan antara program komuniti tahunan yang dinanti-nantikan dengan pelbagai aktiviti sukan air, persembahan hiburan serta gerai jualan disediakan untuk seisi keluarga.

Oleh Akun Giman

Continue Reading

Previous: Wilfred Yap urges Sarawakians to reject divisive gas policy narratives
Next: ‘Pulanglah, anak-anak rindu’, suami rayu isteri yang hilang sejak 30 Ogos

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.