Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Laluan masuk ke SK Riam Batu Dua dinaik taraf
  • Utara
  • WILAYAH

Laluan masuk ke SK Riam Batu Dua dinaik taraf

Utusan Sarawak 13 hours ago

DINAIK TARAF…Ahli Parlimen Miri, Chiew Choon Man semasa meninjau laluan masuk ke Sekolah Kebangsaan (SK) Riam Batu Dua yang akan Dinaik taraf.



MIRI: Laluan masuk ke Sekolah Kebangsaan (SK) Riam Batu Dua kini lebih selamat dan selesa selepas kerja naik taraf dijalankan di bawah Projek Mesra Rakyat dengan peruntukan sebanyak RM55,000.

Ahli Parlimen Miri, Chiew Choon Man, berkata projek kecil itu dilaksanakan bagi mengatasi masalah kesesakan lalu lintas dan risiko kemalangan di kawasan berkenaan yang sebelum ini hanya mempunyai satu laluan keluar masuk.

“Sekolah ini berkongsi pintu masuk dengan Masjid Darul Ridzuan dan bersebelahan dengan Kem Tentera 20 RAMD Sri Miri. Kedudukannya di hujung selekoh tajam dari Jalan Miri-Bintulu sering menyebabkan kesesakan terutama pada waktu masuk dan tamat sekolah,” katanya.

Menurut beliau, projek berkenaan dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Kerja Raya (JKR) Miri melibatkan pelebaran jalan masuk, pengubahsuaian laluan keluar-masuk, serta penambahbaikan bahagian tepi jalan utama bagi memudahkan kenderaan membuat pusingan tanpa mengganggu aliran trafik sedia ada.

“Usaha ini bukan sahaja meningkatkan keselamatan murid dan pengguna jalan raya, tetapi juga memastikan aliran trafik lebih lancar pada waktu puncak,” jelasnya.

Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada pihak pengurusan SK Riam Batu Dua, Masjid Darul Ridzuan, pegawai Kem Tentera 20 RAMD Sri Miri, JKR Miri, serta semua pihak yang terlibat dalam menjayakan projek berkenaan.

“Keselamatan dan kesejahteraan anak-anak kita adalah keutamaan saya. Projek ini mencerminkan komitmen kami untuk memastikan kemudahan awam sentiasa ditambah baik demi manfaat bersama,” tambahnya.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: PERKIM, IPD Lawas anjur program pengurusan jenazah tingkat kefahaman fardu kifayah
Next: Kelestarian alam sekitar Sarawak diurus sejajar pembangunan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.