
BINTULU: Laluan kenderaan di lobi utama Hospital Bintulu ditutup sementara bermula hari ini hingga 30 Jun bagi membolehkan kerja-kerja pembaikan bumbung dijalankan.
Menurut kenyataan Hospital Bintulu, pesakit dan pelawat dinasihatkan supaya menggunakan laluan alternatif yang disediakan sepanjang tempoh berkenaan.
Urusan ke Pusat Rawatan Harian (Daycare), wad serta perkhidmatan hospital selain kes kecemasan hendaklah melalui kawasan Parkir HOD 2.
Lobi utama Jabatan Kecemasan dan Trauma (ETD) hanya dikhaskan untuk kes kecemasan sahaja.
Pihak hospital memaklumkan bahawa langkah tersebut diambil bagi memastikan kerja pembaikan dapat dijalankan dengan selamat dan teratur tanpa menjejaskan operasi perkhidmatan kesihatan.
Orang ramai turut diminta memberikan kerjasama serta mematuhi arahan yang ditetapkan bagi memastikan kelancaran urusan sepanjang tempoh penutupan sementara tersebut.
Oleh Carolyne Utih