Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Lebuh raya bertingkat di Sebuyau berpotensi jadi tarikan pelancongan
  • TEMPATAN

Lebuh raya bertingkat di Sebuyau berpotensi jadi tarikan pelancongan

Utusan Sarawak 5 hours ago
TIMBALAN Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan, Datuk Len Talif Salleh bergambar bersama tetamu pada Majlis Ramah Tamah Aidilfitri anjuran Tegas di Tegas Digital Village, Kuching, hari ini.

KUCHING: Cadangan pembinaan laluan lebuh raya bertingkat merentasi kawasan berhampiran Taman Negara Sebuyau berpotensi menjadi tarikan pelancongan baharu di Sarawak.

Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan, Datuk Len Talif Salleh berkata reka bentuk laluan tersebut bukan sahaja mengambil kira aspek pemeliharaan alam sekitar, malah turut membuka peluang kepada pengguna menikmati pemandangan semula jadi unik di kawasan berkenaan.

Menurutnya, laluan tersebut dijangka menawarkan pengalaman berbeza kepada pengguna jalan raya termasuk kemungkinan penyediaan kawasan atau laluan berhenti bagi membolehkan orang ramai berhenti dan menikmati panorama Taman Negara Ulu Sebuyau.

“Kalau kita lihat dari segi pemandangan, laluan ini juga boleh menjadi sebahagian daripada tarikan pelancongan, di mana pengguna boleh berhenti dan melihat keindahan kawasan taman negara tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media pada Majlis Ramah Tamah Aidilfitri anjuran Tabung Gagasan Ekonomi Anak Sarawak (TEGAS) di Tegas Digital Village, di sini hari ini.

TIMBALAN Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan, Datuk Len Talif Salleh ditemui media selepas menghadiri Majlis Ramah Tamah Aidilfitri anjuran Tegas di Tegas Digital Village, Kuching, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata pendekatan pembinaan secara bertingkat itu juga bertujuan meminimumkan impak terhadap ekosistem sensitif, khususnya habitat hidupan liar seperti orang utan yang terdapat di kawasan paya gambut Sebuyau.

Dalam masa sama, Len Talif turut menggesa orang ramai agar memainkan peranan dalam menjaga kebersihan sepanjang laluan lebuh raya tersebut apabila siap kelak.

Katanya, kesedaran awam amat penting bagi memastikan kawasan semula jadi tidak tercemar dengan pembuangan sampah, terutama di laluan yang berpotensi menjadi tumpuan pelancong.

“Kita tidak mahu kawasan ini tercemar. Pengguna jalan raya perlu lebih bertanggungjawab dan menjaga kebersihan, selain pihak berkaitan menyediakan kemudahan pelupusan sampah yang mencukupi,” ujarnya.

Tambah beliau, pendekatan tersebut mencerminkan komitmen kerajaan negeri dalam menyeimbangkan pembangunan infrastruktur dengan pemeliharaan alam sekitar.

Oleh Shahrul Qaizat

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Lapan kanak-kanak masih dirawat di HUS, pemantauan rapi pastikan bebas tibi
Next: Anak Sarawak unggul di pentas Antarabangsa, Malaysia dinobat Pasukan Terbaik GELOSEA 2026

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.