Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Laluan berbumbung 125 meter di Sibu bakal siap September ini
  • Tengah
  • WILAYAH

Laluan berbumbung 125 meter di Sibu bakal siap September ini

Utusan Sarawak 3 days ago
Michael Tiang ketika meninjau laluan pejalan kaki yang akan dinaiktaraf untuk kemudahan warga sekolah SJK (C) Taman Rajang di sini baru-baru ini.

SIBU: Laluan pejalan kaki sepanjang 125 meter yang menghubungkan Taman Trafik Rejang dengan Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Taman Rajang akan dinaik taraf menjadi laluan berbumbung menerusi peruntukan RM200,000 daripada Program Transformasi Luar Bandar (RTP).

Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Michael Tiang berkata projek itu dijangka siap pada September ini dan bakal menjadi laluan berbumbung terpanjang di Sibu.

Beliau berkata, inisiatif itu bertujuan memastikan murid tidak lagi terdedah kepada panas terik atau hujan ketika berjalan kaki antara kawasan letak kereta Taman Trafik Rejang dan sekolah.

“Ketika waktu pulang sekolah, kesesakan lalu lintas sering berlaku di kawasan berhampiran sekolah.

“Ramai ibu bapa memilih untuk meletakkan kenderaan di Taman Trafik Rejang dan membiarkan anak mereka berjalan kaki ke situ.

“Namun, laluan sedia ada tidak berbumbung dan ada permukaan yang tidak rata, menyebabkan murid terpaksa berlari dalam hujan atau berjalan di bawah panas matahari,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Tiang, selain memberikan keselesaan, projek itu juga akan meningkatkan keselamatan murid serta menjadi mercu tanda yang menghubungkan sekolah dengan komuniti setempat.

Sebagai wakil rakyat, beliau menegaskan komitmennya untuk terus memberi perhatian kepada pembangunan infrastruktur sekolah dan kebajikan pendidikan murid di kawasan Pelawan.

Oleh Tarani Lanting

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Ular tedung hitam sembunyi bawah sangkar kucing di Sarikei
Next: Dua insiden paip utama MSCL di Jalan Matang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.