Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • LAKMNS perluas kerjasama strategik, jana pendapatan mampan
  • TEMPATAN

LAKMNS perluas kerjasama strategik, jana pendapatan mampan

Utusan Sarawak 2 hours ago
KETUA Pegawai Eksekutif LAKMNS, Datu Abdul Hadi Datuk Abdul Kadir mengadakan kunjungan hormat kepada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Kompleks Satria Pertiwi, Petra Jaya, hari ini. Foto UKAS

PETRA JAYA: Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak (LAKMNS) disaran memperluaskan kerjasama strategik dengan pelbagai entiti bagi menjamin sumber pendapatan mampan serta kestabilan kewangan jangka panjang.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datu Abdul Hadi Datuk Abdul Kadir berkata, saranan itu disampaikan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg ketika kunjungan hormat kepimpinan LAKMNS bagi membentangkan perkembangan semasa dan perancangan masa depan lembaga tersebut.

“Saya dan rakan-rakan disarankan agar bekerjasama dengan beberapa entiti berkaitan bagi menggembleng tenaga secara bersama untuk menjana sumber pendapatan yang mampan kepada LAKMNS,” ujarnya dalam sidang media selepas kunjungan hormat tersebut, di Kompleks Satria Pertiwi, Petra Jaya, hari ini.

KETUA Pegawai Eksekutif LAKMNS, Datu Abdul Hadi Datuk Abdul Kadir mengadakan kunjungan hormat kepada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Kompleks Satria Pertiwi, Petra Jaya, hari ini. Foto UKAS

Beliau berkata, perbincangan turut menyentuh usaha memperkukuh pengurusan aset termasuk hartanah, dana perkuburan serta operasi beberapa masjid utama di bawah pentadbiran LAKMNS termasuk masjid-masjid di Sarawak.

Mengulas lanjut, beliau mendedahkan LAKMNS turut merancang untuk meneroka peluang baharu dalam ekonomi hijau selaras dengan dasar pembangunan negara dan negeri.

“Masjid bukan hanya institusi keagamaan semata-mata, tetapi berperanan secara holistik dalam pembangunan masyarakat.

“Jika terdapat peluang menjana pendapatan melalui sektor tenaga lestari, kita akan terokainya,” jelas beliau.

Hadir sama dalam kunjungan tersebut ialah Timbalan Pegawai Eksekutif Mohamad Feisal Said serta pegawai LAKMNS yang lain.

-UKAS

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Projek Pusat Seni Persembahan Sarawak tunjuk prestasimemberangsangkan, dahului jangkaan
Next: Operasi bersama Sarawak Crocter, SFC tumpaskan buaya di Sebuyau

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.