Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KESIHATAN
  • LAKIB rancang inisiatif dialisis wakaf, ringankan beban pesakit
  • KESIHATAN

LAKIB rancang inisiatif dialisis wakaf, ringankan beban pesakit

Utusan Sarawak 5 hours ago
ISKANDAR Turkee menyampaikan hadiah kepada pemenang Pertandingan Bertuntung dan Lampu Raya sempena Majlis Ramah Tamah Aidilfitri LAKIB 2026 di Dewan Suarah Bintulu.

BINTULU: Lembaga Amanah Kebajikan Islam Bintulu (LAKIB) merancang menubuhkan pusat dialisis berkonsep wakaf bagi membantu meringankan beban kos rawatan pesakit di kawasan ini.

Pengerusinya, Iskandar Turkee berkata inisiatif itu sedang diusahakan termasuk mendapatkan rakan strategik memandangkan kos peralatan dan operasi dialisis yang tinggi.

“Insya-Allah, sekiranya segala usaha berjalan lancar dengan izin-Nya, LAKIB akan menubuhkan pusat dialisis wakaf untuk warga di Bintulu. 

ISKANDAR Turkee bersama tetamu kehormat merasmikan majlis pada Majlis Ramah Tamah Aidilfitri LAKIB 2026 di
Dewan Suarah Bintulu.

“Sehubungan itu, saya berharap usaha ini dapat digerakkan dengan baik oleh pasukan LAKIB sedia ada. 

“Kita maklum bahawa kos perubatan dialisis adalah tinggi, justeru kita sedang berusaha mendapatkan rakan strategik bagi merealisasikan inisiatif ini,” katanya ketika berucap pada Majlis Ramah Tamah Aidilfitri LAKIB 2026 di Dewan Suarah Bintulu semalam.

Menurutnya, usaha berkenaan turut mendapat pandangan dan nasihat kepimpinan tertinggi negeri bagi memastikan pelaksanaannya lebih tersusun dan berkesan.

Katanya, LAKIB juga akan bekerjasama dengan pelbagai agensi serta rakan strategik dalam merealisasikan penubuhan pusat berkenaan.

Beliau memberitahu, kos rawatan dialisis yang tinggi menjadi antara cabaran utama kepada pesakit, sekali gus mendorong LAKIB mencari pendekatan berteraskan kebajikan untuk membantu golongan berkenaan.

 PENGERUSI LAKIB berucap pada Majlis Ramah Tamah Aidilfitri LAKIB 2026 di Dewan Suarah Bintulu semalam.

Dalam pada itu, Iskandar menegaskan LAKIB komited memperluas peranan bukan sahaja sebagai penyalur bantuan, tetapi juga sebagai penyedia inisiatif yang memberi manfaat jangka panjang kepada masyarakat.

Ujarnya, tahun ini, LAKIB telah menyalurkan hampir RM900,000 bantuan melibatkan sektor pendidikan, kebajikan serta sokongan kepada institusi keagamaan di Bintulu.

Bantuan itu merangkumi sumbangan kepada pelajar, golongan asnaf serta rumah ibadah sebagai usaha memperkukuh kesejahteraan komuniti setempat.

Oleh Carolyne Utih

Tags: Kesihatan

Continue Reading

Previous: Malaysia wajibkan laporan awal kekurangan ubat bermula Julai 2026

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.