Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Lagu ‘Biar Bekikis Bulu Betis’ tambat hati delegasi ASEAN
  • SEMASA

Lagu ‘Biar Bekikis Bulu Betis’ tambat hati delegasi ASEAN

Utusan Sarawak 3 weeks ago
PENYANYI terkenal Dayang Nurfaizah menghiburkan delegasi Menteri Pelancongan ASEAN semasa Majlis Makan Malam Mesyuarat Ke-33 Majlis Komuniti Sosio-Budaya ASEAN (ASCC) di sini, hari ini. – Foto Bernama

KUCHING: Irama lagu Biar Bekikis Bulu Betis berjaya mencuri perhatian dan menambat hati para delegasi ASEAN pada majlis makan malam sempena Mesyuarat Majlis Komuniti Sosio-Budaya ASEAN (ASCC) ke-33 di sini malam ini.

Dengan alunan vokal terbaik penyanyi tersohor Dayang Nurfaizah dan iringan penari kebudayaan, persembahan bertenaga itu menghidupkan suasana majlis serta mencerminkan kekayaan seni dan budaya masyarakat berbilang kaum di Sarawak.

Delegasi dari 11 negara ASEAN turut kelihatan teruja dengan persembahan itu, malah sebahagian daripada mereka bangun menari mengikut rentak, menggambarkan sambutan hangat terhadap budaya tempatan.

Persembahan itu menyerlahkan semangat perpaduan dan keharmonian rakyat Sarawak, sejajar dengan falsafah Iban Segulai Sejalai yang bermaksud ‘bersama dalam perpaduan’.

Bekikis Bulu Betis adalah lagu Iban popular nyanyian penyanyi tempatan Andrewson Ngalai. Lagu itu bukan sahaja terkenal di Sarawak, malah mencetus fenomena di seluruh negara dengan melodinya yang rancak serta lirik yang menghiburkan.

Ia sering dimainkan dalam majlis rasmi, kenduri dan acara kebudayaan, menjadikan lagu itu simbol hiburan rakyat Sarawak yang merentasi sempadan kaum dan agama.

ASCC yang berlangsung dari 22 hingga 26 April di Kuching adalah mesyuarat peringkat menteri yang dijadualkan dua kali setahun bagi membincangkan isu-isu sosiobudaya utama di rantau ASEAN.

Mesyuarat berkenaan dihadiri wakil dari 11 negara ASEAN iaitu Brunei, Kemboja, Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand, Vietnam dan Timor-Leste. – Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Cermin gelap: JPJ Sarawak periksa kenderaan anggota
Next: Sarawak model perpaduan dalam kepelbagaian bagi ASEAN – Tiong

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.