Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Lagi ancaman bom babitkan penerbangan India
  • GLOBAL

Lagi ancaman bom babitkan penerbangan India

Utusan Sarawak 7 months ago

Gambar AFP

BENGALURU: Ancaman bom palsu terbaharu menyasarkan syarikat penerbangan India kali ini membabitkan penerbangan dari Jerman, kata syarikat penerbangan berkenaan hari ini, dengan pesawat itu dilaporkan selamat mendarat di Mumbai.

Lebih sedozen ancaman bom palsu dibuat terhadap penerbangan yang dikendalikan oleh beberapa syarikat penerbangan India minggu ini, menyebabkan pihak kerajaan dan pihak berkuasa penerbangan awam memberi amaran bahawa tindakan tegas akan diambil.

Syarikat penerbangan Vistara India hari ini berkata pesawat penumpang yang berlepas dari Frankfurt ke Mumbai sehari sebelum itu menerima ancaman keselamatan melalui media sosial, tetapi berjaya mendarat dengan selamat di destinasi yang dirancang.

“Kami bekerjasama sepenuhnya dengan agensi keselamatan untuk menyelesaikan pemeriksaan keselamatan yang diwajibkan,” kata Vistara dalam satu kenyataan.

Semalam, Menteri Penerbangan India, Ram Mohan Naidu berkata polis sudah menangkap seorang remaja yang bertanggungjawab mengeluarkan ancaman bom terhadap tiga penerbangan.

“Semua individu lain yang bertanggungjawab atas gangguan ini akan dikenal pasti dan didakwa dengan sewajarnya,” tambah Naidu.

Penerbangan yang terjejas termasuk pesawat Air India dari New Delhi ke Chicago, yang terpaksa membuat pendaratan kecemasan di Kanada pada Selasa.

Pada hari sama, Singapura mengerahkan jet pejuang untuk mengiringi pesawat Air India Express mendarat di lapangan Terbang Changi. – AFP

Continue Reading

Previous: Elon Musk sumbang AS$75 juta bantu kempen Trump
Next: ‘AI gantikan tugas, bukan pekerjaan’ – Profesor Stanford

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.