Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Lagenda filem Perancis Brigitte Bardot meninggal dunia
  • GLOBAL

Lagenda filem Perancis Brigitte Bardot meninggal dunia

Utusan Sarawak 4 hours ago
LEGENDA filem Perancis Brigitte Bardot meninggal dunia pada usia 91 tahun.

PARIS: Legenda filem Perancis Brigitte Bardot meninggal dunia pada usia 91 tahun, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

“Yayasan Brigitte Bardot dengan rasa amat sedih mengumumkan pemergian pengasas dan presidennya, Brigitte Bardot, seorang pelakon dan penyanyi terkenal dunia yang memilih untuk meninggalkan kerjaya gemilangnya demi mengabdikan hidup dan tenaga kepada kebajikan haiwan serta yayasannya,” menurut kenyataan yayasan itu.

Beliau meraih kemasyhuran di seluruh dunia sebagai antara wajah paling ikonik dalam dunia perfileman pascaperang.

Beliau dikenali secara meluas sebagai BB. Bardot membintangi puluhan filem, dengan Et Dieu Créa La Femme (“And God Created Woman”) sering dianggap sebagai karya yang melonjakkan namanya ke persada antarabangsa.

-Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Serigala berjaya ditangkap semula selepas cetus kekecohan di Zoo Tokyo
Next: Kanak-kanak lima tahun tidak sedarkan diri selepas tersekat di lif ski di Hokkaido

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.