Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Lafaz ikrar bebas rasuah: 300 penjawat awam tegaskan komitmen integriti
  • Selatan
  • WILAYAH

Lafaz ikrar bebas rasuah: 300 penjawat awam tegaskan komitmen integriti

Utusan Sarawak 3 weeks ago
KOMITED INTEGRITI… Dayang Noorazah menghadiri Program Hari Integriti dan Ikrar Bebas Rasuah Peringkat Pentadbiran Bahagian Sri Aman 2025 di Dewan Suarah Sri Aman, semalam. FotoAdi Safarman

SIMANGGANG: Seramai 300 peserta terdiri daripada pegawai kerajaan negeri dan Persekutuan di Sri Aman telah melafaz dan menandatangani Ikrar Bebas Rasuah sempena Program Hari Integriti dan Ikrar Bebas Rasuah Peringkat Pentadbiran Bahagian Sri Aman Tahun 2025 yang berlangsung di Dewan Suarah Sri Aman, semalam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Dayang Noorazah Awang Sohor berkata, program ini mencerminkan komitmen serta kesungguhan Pentadbiran Bahagian Sri Aman dalam usaha mencegah dan membanteras gejala rasuah.

Menurutnya, usaha memperkasa integriti dan membasmi rasuah bukan sekadar perlu dilaksanakan, malah perlu dizahirkan melalui tindakan yang nyata dan konsisten.

“Setiap individu serta semua lapisan masyarakat perlu berganding bahu dalam memerangi rasuah demi membentuk sebuah masyarakat yang bersih, adil dan berintegriti,” katanya.

Tambahnya, perkembangan kebelakangan ini yang menyaksikan pelbagai kes rasuah dan pecah amanah dalam kalangan segelintir pemimpin negara amat membimbangkan.

“Isu seperti rasuah, pecah amanah, khianat, tidak bertanggungjawab dan tidak menepati waktu seolah-olah semakin dinormalisasikan dalam kalangan rakyat. Ini satu amalan yang perlu kita tentang bersama,” ujarnya.

Dayang Noorazah, berkata melalui lafaz Ikrar Bebas Rasuah, penjawat awam dan pemimpin masyarakat menegaskan pendirian mereka untuk menolak rasuah serta memastikan perkhidmatan awam di Bahagian Sri Aman bebas daripada penyelewengan.

Beliau turut menyarankan agar nilai integriti dan prinsip antirasuah dijadikan asas dalam setiap keputusan, perancangan serta pelaksanaan projek di semua agensi.

“Peranan ketua jabatan dan pemimpin masyarakat amat penting dalam membudayakan amalan kerja yang berintegriti.

“Usaha ini harus dilaksanakan secara berterusan bagi memastikan imej kerajaan dan perkhidmatan awam sentiasa terpelihara,” tegasnya.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Pemangku Residen Bahagian Sri Aman Mahra Salleh, Timbalan Pengarah (Pencegahan) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sarawak Wan Ahmad Nidzam Wan Omar, Timbalan Residen Sri Aman Charlie Keling, serta ketua-ketua jabatan dan pemimpin masyarakat setempat.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Gelanggang futsal baharu bakal dibina di Rumah Luna Patan
Next: 500 penduduk hadir meriahkan majlis Aidilfitri di Marudi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.