Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Lady Gaga ungguli VMA 2025, juga sebagai Artis Terbaik 
  • HIBURAN

Lady Gaga ungguli VMA 2025, juga sebagai Artis Terbaik 

Utusan Sarawak 22 hours ago

Lady Gaga diumumkan sebagai Artis Terbaik di Anugerah Muzik Video (VMA) 2025 yang berlangsung di UBS Arena, New York. Foto AFP

NEW YORK: Penyanyi, Lady Gaga mencatat kemenangan bermakna apabila diumumkan sebagai Artis Terbaik di Anugerah Muzik Video (VMA) 2025 yang berlangsung di UBS Arena, di sini, hari ini. 

Gaga yang mendahului senarai pencalonan dengan 12 kategori turut menang tiga kategori lagi iaitu Kolaborasi Terbaik bersama Bruno Mars menerusi lagu fenomena mereka, Die With a Smile.

Dua lagi kategori dimenanginya ialah Pengarahan Terbaik dan Pengarahan Seni Terbaik untuk lagu Abracadabra.

Gaga menerima trofi itu dua hari selepas terpaksa membatalkan satu persembahan di Miami kerana berdepan masalah suara.

Dalam ucapannya, Gaga berkata, dia tidak boleh berada lama di VMA kerana perlu bergegas ke Madison Square Garden di New York di mana dia dijadualkan membuat persembahan pada sebelah malam.

Kira-kira 90 minit VMA berlangsung, persembahannya dari Madison Square Garden dengan lagu Abracadabra dan The Dead Dance dipancarkan kepada penonton di anugerah itu.

Gaga mendedikasikan kemenangannya itu kepada peminat seluruh dunia sambil mengingatkan betapa pentingnya seni dalam kehidupan.

“Saya tidak dapat gambarkan betapa bermaknanya anugerah ini buat saya. Menjadi seorang artis adalah usaha menyatukan semua orang di seluruh dunia.

“Ia satu disiplin, satu seni yang bertujuan menyentuh hati dan mengingatkan mereka untuk terus bermimpi.

“Tanggungjawab seorang artis adalah membuat audiens senyum, menari, menangis dan melepaskan beban. Ia cara membina persefahaman serta meraikan komuniti. Anda semua layak untuk terus bersinar,” katanya.

Anugerah utama Video Terbaik menjadi milik Ariana Grande untuk video muziknya, Brighter Days Ahead. Secara keseluruhan, Grande membawa pulang tiga anugerah pada malam penuh gemilang itu.

Sabrina Carpenter juga tidak kurang hebatnya apabila turut memenangi tiga trofi termasuk anugerah Album Terbaik menerusi Short n’ Sweet.

Pemenang lain ialah Rosé yang memenangi Lagu Terbaik menerusi APT nyanyian bersama Bruno Mars dan KATSEYE membawa pulang trofi Persembahan MTV Push Terbaik untuk lagu Touch.

Turut diraikan adalah Mariah Carey yang menerima Anugerah Video Vanguard. 

Diperkenalkan pertama kali, Busta Rhymes menerima Anugerah Wawasan Rock the Bells dan Ricky Martin (Anugerah Ikon Latin).

Ketiga-tiga artis terbabit turut membuat persembahan.

Alex Warren dinobatkan sebagai Artis Baharu Terbaik, manakala Kumpulan Terbaik menjadi milik Blackpink.

Kategori lain turut menyaksikan kemenangan Doechii (Hip Hop Terbaik – Anxiety), Mariah Carey (R&B Terbaik – Type Dangerous), Sombr (Alternatif Terbaik – Back to Friends), Coldplay (Rock Terbaik – All My Love), Shakira (Latin Terbaik – Soltera) dan Lisa feat Doja Cat & Raye (K-Pop Terbaik – Born Again).

Mendiang legenda rock, Ozzy Osbourne yang meninggal dunia Julai lalu diraikan dengan persembahan tribute menampilkan Steven Tyler dan Joe Perry (Aerosmith), YUNGBLUD serta Nuno Bettencourt.

Tahun ini, VMA menambah dua kategori baharu iaitu Artis Pop Terbaik dan Video Country Terbaik, bagi mengiktiraf lebih ramai penggiat seni.

Majlis VMA disiarkan secara langsung dari UBS Arena di Elmont, New York, dengan LL Cool J sebagai pengacara. Buat pertama kalinya, anugerah ini disiarkan di CBS selain saluran utamanya MTV dan distrim di Paramount+. 

Continue Reading

Previous: Festival Muzik Borderland 2025 satukan ribuan peminat muzik serantau
Next: Fattah Amin dan Amira Othman kahwin 14 September ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.