Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Ladang nanas di Long An Unga terbakar, lebih empat hektar musnah
  • KEBAKARAN

Ladang nanas di Long An Unga terbakar, lebih empat hektar musnah

Utusan Sarawak 21 hours ago
PADAM…Pasukan bomba berusaha memadamkan kebakaran ladang nanas di Long An Unga Jalan Miri-Marudi petang tadi. Foto BBP Marudi

MIRI: Ladang nanas di Long An Unga Jalan Miri-Marudi terbakar petang tadi.

Kebakaran turut merebak ke kawasan hutan berdekatan.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu 1.44 petang dan sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Marudi digerakkan ke lokasi yang terletak pada jarak 12 kilometer (km) dari balai.

“Pasukan bomba yang tiba di lokasi mendapati  kebakaran melibatkan ladang nanas. Pasukan bomba membuat pemadaman menggunakan tujuh  gulung hos Mark 3, pam angkut GP10/10, sumber air terbuka dari parit berdekatan.

“Kebakaran telah merebak ke kawasan hutan dan ladang berdekatan dianggarkan terbakar lebih dari empat hektar,” katanya dalam satu kenyataan sebentar tadi.

PADAM…Pasukan bomba berusaha memadamkan kebakaran ladang nanas di Long An Unga Jalan Miri-Marudi petang tadi. Foto BBP Marudi

Katanya, laluan ke kawasan tersebut hanya boleh dilalui kenderaan 4×4 dan sumber air yang terhad.

“Pihak ladang juga telah membuat pemisah api menggunakan jengkaut untuk mengelakkan kebakaran merebak ke kawasan yang lebih besar.

“Pemadaman agak sukar dengan faktor angin dan asap serta akses ke kawasan lebih dalam,”ujarnya.

Menurutnya,  operasi ditangguhkan pada 6.50 petang  dan akan disambung keesokan hari.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: KEBAKARAN

Continue Reading

Previous: Kebakaran belukar empat hektar di Baram terkawal, elak pembakaran terbuka

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.