Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Labur RM787,290 naik taraf Pasar Rakyat Daro
  • TEMPATAN

Labur RM787,290 naik taraf Pasar Rakyat Daro

Utusan Sarawak 2 days ago
SAFIEE merasmikan Projek Naik Taraf Pasar Rakyat Daro yang diadakan petang semalam.

DARO: Projek Naik Taraf Pasar Rakyat Daro yang menelan belanja sebanyak RM787,290 merupakan inisiatif kerajaan Sarawak bagi memperkukuh kemudahan infrastruktur di kawasan ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro, Safiee Ahmad, berkata projek tersebut bertujuan meningkatkan keselesaan dan kemudahan untuk para peniaga serta penduduk setempat.

“Pasar Rakyat Daro kini lebih moden dan selesa, seiring dengan aspirasi kita untuk meningkatkan taraf hidup rakyat.

“Saya berharap para peniaga dapat memanfaatkan sepenuhnya kemudahan yang disediakan,” katanya.

Menurut beliau, projek ini bukan sahaja mampu merancakkan ekonomi tempatan, malah berpotensi membuka lebih banyak peluang perniagaan kepada usahawan kecil.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Projek Naik Taraf Pasar Rakyat Daro yang berlangsung petang semalam.

Tambahnya, kemudahan baharu ini akan membantu peniaga menjalankan perniagaan dalam persekitaran yang lebih tersusun dan kondusif, sekali gus menarik lebih ramai pengunjung ke pasar tersebut.

Kerja-kerja naik taraf tersebut merangkumi pembinaan bumbung baharu, penambahbaikan sistem saliran, penyusunan semula ruang niaga secara sistematik, serta penyediaan pelbagai kemudahan lain.

Majlis perasmian turut dihadiri oleh Pegawai Daerah Daro Zul Usop, Setiausaha Majlis Daerah Matu Daro (MDMD) Chiong Siew Ping, Kaunselor Hamden Taha, dan Penghulu Abu Bakar Salleh.

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Beberapa kawasan di Kuching, Serian alami gangguan bekalan air Jumaat ini
Next: Buku ikonik perniagaan boleh dijadikan rujukan untuk pelabur ke Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.