Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • L-GRAP 6.0 perkasa kesedaran perburuhan di luar bandar
  • SEMASA

L-GRAP 6.0 perkasa kesedaran perburuhan di luar bandar

Utusan Sarawak 1 day ago
UCAPAN… Awang Raduan berucap pada Program Hari Bertemu Pelanggan dan Kempen Banteras Amalan Penggajian Buruh Paksa di Dewan Suarah Bintulu, hari ini.

BINTULU: Program Program Tenaga Kerja ke Kawasan Luar Bandar 6.0 (L-GRAP 6.0) terus menjadi platform strategik Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Sarawak dalam memperluas kesedaran perburuhan kepada masyarakat luar bandar, khususnya berkaitan hak pekerja dan kepatuhan terhadap undang-undang buruh.

Pengarah JTK Sarawak, Awang Raduan Awang Omar berkata, L-GRAP yang diperkenalkan sejak 2020 bertujuan menjangkau komuniti pedalaman yang sering berdepan dengan kekangan maklumat berkaitan perundangan tenaga kerja.

“Program ini mula diperkenalkan sebagai satu pendekatan turun padang untuk mendekati komuniti pedalaman yang sering berdepan dengan kekangan akses kepada maklumat berkaitan undang-undang yang dikuatkuasakan oleh jabatan serta isu perburuhan terkini.

“Bermula sejak siri pertamanya pada 2020, L-GRAP telah berkembang sebagai satu platform penting untuk pendidikan perburuhan, advokasi perundangan pekerjaan serta kerjasama sosial antara jabatan, masyarakat dan pemain industri,” katanya.

TANDA PENGHARGAAN… Awang Raduan menyampaikan buah tangan kepada Dato Majang Renggi sebagai tanda penghargaan.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Program Hari Bertemu Pelanggan dan Kempen Banteras Amalan Penggajian Buruh Paksa anjuran JTK Sarawak di Dewan Suarah Bintulu, hari ini.

Menurut Awang Raduan, L-GRAP 6.0 tahun ini menyaksikan lebih 20 kenderaan konvoi menjelajah dari Kuching hingga ke Lawas selama tujuh hari, dengan perhentian utama di Sibu, Bintulu dan Miri.

Pelbagai agensi di bawah Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) turut serta membuka kaunter perkhidmatan, mengadakan ceramah perburuhan, pameran kerjaya dan sesi temu duga terbuka untuk membantu orang ramai mendapatkan maklumat serta peluang pekerjaan.

Dalam pada itu, beliau turut berkongsi statistik penguatkuasaan yang menunjukkan komitmen berterusan JTK Sarawak dalam melindungi kebajikan pekerja di negeri ini.

“Sehingga Mei 2025, JTK Sarawak telah memeriksa sebanyak 3,514 premis majikan di seluruh negeri. 

“Daripada jumlah itu, sebanyak 390 notifikasi telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan di bawah Ordinan Buruh (Sarawak Bab 76),” jelasnya.

Tambah beliau, sebanyak 729 kes buruh telah dikendalikan sepanjang Januari hingga Mei 2025, dengan 563 kompaun dikeluarkan melibatkan jumlah RM876,000, manakala pampasan pekerja yang direkodkan mencecah RM31.47 juta.

Ujarnya lagi, penguatkuasaan dan kesedaran terhadap perundangan perburuhan perlu diteruskan bagi memastikan golongan pekerja tidak dieksploitasi serta hak mereka terus terpelihara.

Oleh Carolyne Utih

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Sarawak perlu teroka pasaran baharu – Awang Tengah
Next: Sarawak sasar pelaburan besar menerusi Minggu Tenaga Antarabangsa 2025

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.