Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • DUN: KUTS fasa pertama capai 33.51 peratus, projek kekal ikut jadual
  • SEMASA

DUN: KUTS fasa pertama capai 33.51 peratus, projek kekal ikut jadual

Utusan Sarawak 3 hours ago
DATO Sri Lee Kim Shin menyampaikan ucapan penggulungan kementerian pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-19 hari ini. Foto UKAS

PETRA JAYA: Kemajuan fasa pertama Projek Sistem Pengangkutan Bandar Kuching (KUTS) kini berada pada 33.51 peratus setakat Oktober 2025, menghampiri sasaran 34.78 peratus dan sekali gus mengesahkan projek itu terus bergerak mengikut jadual tanpa kelewatan besar.

Menteri Pengangkutan Dato Sri Lee Kim Shin berkata kementeriannya sedar bahawa kerja pembinaan KUTS, terutamanya di laluan utama, jalan bertrafik tinggi dan kawasan perumahan, telah menimbulkan kebimbangan masyarakat termasuk kesesakan, perubahan akses, isu keselamatan jalan raya serta gangguan utiliti.

“Keselamatan pengguna jalan raya kekal keutamaan kami dan setiap kerja pembinaan dipantau rapi bagi mengelakkan sebarang risiko,” tegasnya ketika menyampaikan ucapan penggulungan kementerian pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.

Beliau berkata Sarawak Metro Sdn Bhd telah melaksanakan Pelan Kawalan Trafik di semua zon pembinaan dengan prosedur kerja ketat, perlindungan utiliti bawah tanah dan pemantauan rapi bagi mengelakkan kerosakan serta meminimumkan gangguan terhadap pengguna jalan raya dan komuniti setempat.

Lee turut memaklumkan bahawa Pasukan Tindak Balas Kecemasan (ERT) KUTS bersiaga 24 jam sehari untuk memberi respons segera terhadap insiden trafik di sepanjang koridor Transit Aliran Automatik (ART), dengan sokongan polis, perkhidmatan ambulans dan bomba bagi memastikan keselamatan awam terjamin.

Beliau berkata maklumat terkini turut disalurkan secara berkala melalui pelbagai saluran, termasuk media sosial rasmi, supaya masyarakat dimaklumkan mengenai perkembangan kerja, jangkaan impak dan langkah keselamatan yang perlu diambil.

Dalam pada itu, projek berdepan cabaran seperti rizab jalan sempit di kawasan membangun, trafik padat waktu puncak, laluan alternatif terhad serta utiliti bawah tanah tidak berdaftar yang menyukarkan pengesanan tepat.

“Walaupun berdepan kekangan ini, kementerian bersama Sarawak Metro terus mengadakan libat urus dan mesyuarat berkala dengan pihak berkuasa tempatan serta agensi utiliti

“Dan ini juga disokong pasukan lapangan bagi meminimumkan gangguan, meningkatkan keselamatan jalan raya dan mengurangkan kesan kepada rakyat,” jelasnya.

Lee turut menyeru pengguna jalan raya yang melalui koridor KUTS supaya lebih peka terhadap papan tanda sementara dan lencongan jalan, mematuhi had laju ditetapkan serta merancang perjalanan lebih awal.

“Tindakan mudah seperti ini memberi peranan besar dalam memastikan keselamatan semua pengguna jalan raya dan para pekerja pembinaan di lapangan,” katanya.

Oleh Adele Rissa

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: DUN: Sistem Paip Maya LNG Sarawak mula operasi awal 2026
Next: AirBorneo mula operasi Januari 2026, pacu peluang pekerjaan dan industri aeroangkasa

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.