Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Kutipan filem Shenzhou-13 cecah 50 juta yuan
  • HIBURAN

Kutipan filem Shenzhou-13 cecah 50 juta yuan

Utusan Sarawak 12 hours ago
FILEM dokumentari Shenzhou-13.

BEIJING: Filem dokumentari Shenzhou-13 meraih kutipan tiket berjumlah 50 juta yuan (RM29.68 juta) selepas 46 hari ditayangkan di seluruh negara China.

Sejak mula ditayangkan pada 5 September, filem yang diinspirasikan daripada penggambaran oleh kru kapal angkasa Shenzhou-13 itu telah menjadi antara perbualan utama dalam kalangan penonton domestik.

Filem berkenaan memberikan kesan mendalam kepada penonton dengan paparan suasana angkasa lepas yang menakjubkan serta pengalaman angkasawan yang menyentuh hati.

Diterbitkan oleh Kumpulan Media China (CMG), Shenzhou-13 mengetengahkan cerita tiga angkasawan China yang bertugas di stesen angkasa lepas selama enam bulan.

Selain memperoleh jumlah tontonan sebanyak 1.3 juta di dalam negeri, filem itu juga diperkenalkan sehingga ke 35 negara antaranya Amerika Syarikat, Britain, New Zealand dan Kemboja untuk sesi tayangan khas.

Shenzhou-13 turut ditayangkan sempena perasmian Kongres Astronautik Antarabangsa ke-76 (IAC 2025) di Australia dan Dialog Hak Asasi Manusia Glion ke-11 di Switzerland. – Bernama

Tags: Hiburan

Continue Reading

Previous: Bella Astillah, Elizabeth Tan prihatin isu buli, sokong cadangan had telefon pintar untuk pelajar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.