Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Kutip satu mata berharga
  • SUKAN

Kutip satu mata berharga

Utusan Sarawak 3 years ago

KAWAL… Pemain Johor Darul Taazim ll De Paula Lucrecio diasak pemain Kuching City FC pada saingan Liga
Premier di Stadium Negeri malam, semalam. • Foto Bernama

KUCHING City FC (KC FC) berjaya mengutip satu mata berharga selepas mencatat keputusan seri tanpa jaringan menentang Johor Darul Ta’zim II (JDT II) di Stadium Negeri, Petra Jaya malam, semalam.

Barisan kesebelasan utama diturunkan Irfan Bakti Abu Salim sebenarnya dilihat mampu meranapkan impian pasukan pelawat pada aksi yang disaksikan hampir 500 penonton itu selepas memiliki enam peluang terbaik mencipta jaringan.

Ia masing-masing  menerusi percubaan dilakukan Amir Amri Salleh, Mohammad Dzulazlan Ibrahim,  Wan Mohammad Faiz Wan Sulaiman, Gabryel Monteiro De Andrade dan Joseph Kalang Tie yang gagal menembusi gawang pasukan JDT II.

“Kita menguasai perlawanan tetapi tidak berupaya menjaringkan gol.

“Amat ketara dengan ketiadaan mesin gol (Abu Kamara) yang digantung perlawanan,” ujar Irfan pada sidang media selesai perlawanan.

Bagaimanapun beliau tetap berpuas hati dengan aksi dipamerkan barisan pemain sepanjang perlawanan tersebut.

Aksi yang sama rancak dipertonton pemain kedua-dua pada awal saingan.

Suku pertama awal perlawanan memperlihat penguasaan cukup ketara pemain The City Boys.

Asakan bertali arus dilancarkan segenap penjuru, tidak hanya pada babak pertama.

Bahkan berterusan sepanjang tempoh permainan babak kedua.

Keputusan tersebut terus mengekalkan The City Boys di kedudukan keempat ketika ini.

Menggumpul 21 mata, mencatat enam kemenangan, tiga kali seri selepas mengharungi 13 perlawanan.

Perlawanan seterusnya selepas ini KC FC akan menentang skuad Projek FAM-MSN di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur pada 14 Ogos ini.

Oleh FATIN SYAHREZA

Continue Reading

Previous: Manfaat potensi penuh kebolehan mental atlet dikaji dengan serius
Next: Aksi Hermanos FC, GMP FC sekadar seri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.