Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • KUSKOP salur RM7.8 juta naik taraf 39 Tamu Desa di Sarawak
  • TEMPATAN

KUSKOP salur RM7.8 juta naik taraf 39 Tamu Desa di Sarawak

Utusan Sarawak 1 day ago
DATUK Ewon Benedick pada sidang media semasa lawatan ke Tamu Desa Sungai Apong di sini, hari ini. Turut kelihatan Datuk Bandar MBKS, Dato Wee Hong Seng.

KUCHING: Sebanyak 39 Tamu Desa di seluruh Sarawak telah dibina dan dinaik taraf sepanjang tahun lalu dengan jumlah peruntukan melebihi RM7.8 juta melalui inisiatif Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP).

Menterinya, Datuk Ewon Benedick berkata, projek tersebut dilaksanakan secara berfasa dengan kerjasama Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang berkaitan.

“Bagi Fasa Pertama, sebanyak 13 projek melibatkan kos RM1.99 juta telah pun siap sepenuhnya, manakala Fasa Kedua merangkumi 26 projek dengan peruntukan berjumlah RM5.85 juta.

“Antara projek yang sedang berjalan termasuklah Tamu Semarak dan Tamu Sukma, yang dijangka siap pada Ogos ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media semasa lawatan ke Tamu Desa Sungai Apong di sini, hari ini.

Menurut Ewon, penaiktarafan Tamu Sungai Apong dilaksanakan secara berperingkat dengan peruntukan RM116,000 di bawah Fasa Pertama dan RM300,000 bagi Fasa Kedua.

“Inisiatif ini bertujuan menyediakan prasarana perniagaan yang lebih selesa dan kondusif untuk para usahawan desa, selari dengan usaha memperkukuh ekosistem keusahawanan luar bandar di Sarawak,” ujarnya.

Beliau menjelaskan, keseluruhan Projek Pembangunan Premis Tamu Desa di bawah KUSKOP merupakan antara langkah berterusan kementerian dalam memperkasakan ekonomi komuniti desa dan merancakkan penglibatan usahawan kecil dalam ekonomi setempat.

Tambah beliau, sebanyak 100 projek Tamu Desa telah dilaksanakan di Sabah dan Sarawak pada tahun lalu, dengan pecahan 61 di Sabah dan 39 di Sarawak.

“Tahun ini, KUSKOP akan meneruskan pembinaan dan penaiktarafan Tamu Desa. Bagi Sabah, sebanyak 46 projek telah dikenal pasti melibatkan peruntukan RM10 juta, tidak termasuk tambahan RM10 juta yang diumumkan oleh Perdana Menteri semasa lawatan ke Tawau.

“Bagi Sarawak pula, saya akan mengadakan perbincangan dengan Timbalan Premier Sarawak bagi menyelaras keperluan dan senarai lokasi baharu projek Tamu Desa,” katanya.

Ewon turut memaklumkan bahawa beliau telah menerima beberapa permohonan daripada empat Ahli Parlimen di Sarawak dan sedang merancang agar projek yang dicadangkan turut mendapat persetujuan daripada kerajaan negeri.

“Pada tahun lalu, pelaksanaan projek ini tertumpu kepada kawasan seliaan PBT serta kawasan luar bandar yang dikenal pasti melalui permohonan Ahli Parlimen,” ujarnya.

Oleh Norman B.

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Immediate action needed against dangerous ‘Kpods’, says Wong King Yii
Next: Sarawak rancang import 1,000 ekor lembu setahun dari Sabah mulai 2026

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.