Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Kursus WA buka lembaran baharu pembangunan olahraga luar bandar
  • Tengah
  • WILAYAH

Kursus WA buka lembaran baharu pembangunan olahraga luar bandar

Utusan Sarawak 6 hours ago
CUNGKIL BAKAT BAHARU…Penganjuran Kursus Pensijilan Kejurulatihan Olahraga WA memperkasakan pembangunan sukan olahraga di peringkat akar umbi.

DARO: Penganjuran Kursus Pensijilan Kejurulatihan Olahraga World Athletics (WA) Tahap 1 Siri 1/2026 yang julung kali diadakan di kawasan luar bandar membuka lembaran baharu dalam usaha memperkasa pembangunan sukan olahraga khususnya di Parlimen Igan.

Ahli Parlimen Igan, Ahmad Johnie Zawawi berkata, kursus tersebut bukan sahaja berjaya melahirkan 24 jurulatih bertauliah, malah menjadi pemangkin penting dalam meningkatkan mutu kejurulatihan dan pencarian bakat atlet di peringkat akar umbi.

“Semua peserta berjaya menamatkan kursus selama lima hari bermula 24 hingga 28 Mei lalu dengan jayanya.

“Syabas dan tahniah kepada semua peserta yang berjaya menamatkan kursus ini. Saya berharap ilmu serta pengalaman yang diperoleh dapat dimanfaatkan untuk melahirkan lebih ramai atlet berbakat pada masa akan datang,” ujarnya.

AHMAD JOHNIE….Semasa berucap merasmikan majlis penutupan kursus berkenaan yang berlangsung di SK Ulu Daro, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan majlis penutupan kursus berkenaan yang berlangsung di Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Daro, hari ini.

Ahmad Johnie turut menyifatkan penganjuran kursus tersebut sebagai satu suntikan positif dalam meningkatkan mutu dan pembangunan sukan olahraga di kawasan luar bandar khususnya di Parlimen Igan.

“Kursus ini juga mencipta sejarah tersendiri apabila julung kali diadakan di kawasan luar bandar,” katanya. Beliau turut merakamkan penghargaan kepada tenaga pengajar kursus WA Lecturer Malaysia, Mohamad Farzurullah Rosli serta Paula Asoi atas komitmen dan dedikasi melatih peserta sepanjang lima hari kursus di Kompleks Sukan Daro, Sarawak.

Kursus berkenaan dianjurkan bagi memperkasakan pembangunan sukan olahraga di peringkat akar umbi selain melahirkan lebih ramai jurulatih berkemahiran dan bertauliah di Sarawak.

Oleh Akun Giman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Wilfred Yap tinjau Kampung Stutong bersama JPS

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.