Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Kursus Tanaman Cendawan Tiram dapat sambutan
  • BISNES

Kursus Tanaman Cendawan Tiram dapat sambutan

Utusan Sarawak 5 years ago

BINTULU: Kursus Tanaman Cendawan Tiram mendapat sambutan dan permintaan menggalakkan apabila tanaman terbabit dilihat mempunyai potensi pasaran yang sangat baik.

Pensyarah Kanan Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB), Dr. Franklin Ragai Kundat berkata, peranan cendawan sebagai tanaman jangka pendek dilihat dapat memberikan pendapatan yang lumayan kepada mereka yang mengusahakannya.

“Kini ramai peserta yang ingin kita mengadakan kursus berhubung dengan cendawan tiram malah sambutan untuk kursus ini diadakan juga amat menggalakkan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Kursus Penanaman Cendawan Tiram bertempat di Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu anjuran Taman Pertanian UPMKB, semalam.

Menurutnya, kursus tersebut menekankan lebih kepada latihan praktikal dan juga teori asas berkaitan dengan penanaman cendawan tiram.

“Para peserta akan belajar tentang proses-proses untuk menanam cendawan bermula daripada proses penyediaan beg cendawan, mengukus, menyuntik benih, tempoh pengeraman, memetik hasil cendawan dan kaedah pembungkusan untuk pasaran,” katanya.

Tambah beliau, menerusi tanaman terbabit pengusaha mendapat keuntungan yang tinggi dalam jangkamasa pendek.

“Potensi pasaran yang baik disamping kos pengeluaran yang rendah kerana boleh menggunakan bahan-bahan sampingan pertanian”
“Ia digunakan sebagai ubat dan sumber makanan yang tinggi kandungan protein,” katanya.

Kursus terbabit amat menggalakkan apabila disertai oleh seramai 38 peserta untuk menambah ilmu pengetahuan mereka berhubung tanaman cendawan tiram.

Oleh Ellie Edward

Continue Reading

Previous: Industri halal dukung Ekonomi Baharu Dunia
Next: Sarawak lulus pembinaan taman agro di Saribas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.