Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Kursus Pertolongan Cemas Hakka Miri tekankan tanggungjawab komuniti
  • Utara
  • WILAYAH

Kursus Pertolongan Cemas Hakka Miri tekankan tanggungjawab komuniti

Utusan Sarawak 7 hours ago

BEGINI CARA…Para peserta diajar cara-cara memberi bantuan pernafasan pada Kursus Asas Pertolongan Cemas 2025.

MIRI: Keselamatan dan nyawa bukan hanya bergantung kepada doktor, paramedik atau anggota penyelamat, sebaliknya setiap individu turut memainkan peranan penting dalam melindungi diri sendiri dan orang sekeliling.

Kemahiran asas bantuan kecemasan seperti Resusitasi Kardiopulmonari (CPR), rawatan luka kecil, serta tindakan segera ketika kebakaran dan kemalangan mampu menyelamatkan nyawa sebelum bantuan profesional tiba.

Menyedari kepentingan ini, Seksyen Belia Persatuan Hakka Miri mengambil inisiatif menganjurkan Kursus Asas Pertolongan Cemas 2025, bertujuan memupuk kesedaran bahawa setiap individu memikul tanggungjawab dalam usaha menyelamatkan nyawa.

Ketua Beliannya, Andy Jong Wan Joon, berkata pertolongan cemas bukan semata-mata tindakan perubatan yang kompleks, tetapi keberanian untuk bertindak betul ketika detik cemas berlaku.

Beliau menegaskan penguasaan kemahiran pertolongan cemas bukan sahaja mampu melindungi diri sendiri, tetapi juga satu tanggungjawab terhadap keluarga, rakan dan masyarakat.

“Oleh itu, kami berharap kemahiran yang dipelajari dapat disebarkan lebih meluas sebagai bentuk keprihatinan sosial,” katanya.

Menurutnya, pemberian pertolongan cemas pada saat pertama kejadian merupakan faktor penting yang menentukan peluang hidup mangsa.

“Sementara menunggu ketibaan pasukan penyelamat profesional, setiap saat amat kritikal. Jika orang di sekeliling mengetahui langkah pertolongan cemas yang betul, kadar kelangsungan hidup mangsa dapat ditingkatkan serta mengelakkan keadaan menjadi lebih buruk,” jelasnya.

BEGINI CARA…Para peserta diajar cara-cara memberi bantuan pernafasan pada Kursus Asas Pertolongan Cemas 2025.

Andy Jong turut menekankan bahawa kemahiran pertolongan cemas seharusnya menjadi kemampuan asas setiap individu, bukan sahaja sebagai pengetahuan penting tetapi simbol keberanian menghadapi situasi kecemasan.

Beliau berkata penganjuran kursus itu bukan sekadar memberi ilmu, tetapi bertujuan meningkatkan kesedaran belia mengenai keselamatan nyawa dan menjadikan kemahiran pertolongan cemas sebagai satu bentuk sumbangan kepada masyarakat.

“Bagi meningkatkan keupayaan ahli menghadapi kecemasan serta memperkukuh kesedaran keselamatan awam, kami menyediakan kursus asas ini agar peserta dapat mempelajari kemahiran utama melalui teori dan latihan praktikal,” tambahnya.

Sementara itu, Bendahari Persatuan yang juga Pengerusi Penganjur, Liew Li Choo, berkata kursus berkenaan memberi peluang kepada peserta mendalami kemahiran asas seperti penilaian mangsa, CPR dan penggunaan AED serta rawatan tercekik.

Beliau berkata, peserta turut didedahkan dengan teknik menghentikan pendarahan, pertolongan cemas bagi patah tulang, penggunaan pengusung dan kaedah mengangkat mangsa dengan betul.

Keseluruhan sesi dikendalikan oleh instruktur berpengalaman, Winny Sia Zi Ying.

Menariknya, sepanjang sesi berlangsung, peserta bukan sahaja mempelajari teknik-teknik penting, tetapi turut menyedari bahawa usaha menyelamatkan nyawa bukan hanya tugas profesional, tetapi tanggungjawab bersama.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Persatuan Peningkatan Moral Che Sea Khor Sarikei angkat nilai moral, kukuh perpaduan komuniti
Next: Pelbagai pihak berganding bahu hulur bantuan kepada mangsa kebakaran Long Loyang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.