Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Kursus pensijilan lahirkan usahawan wanita
  • BISNES

Kursus pensijilan lahirkan usahawan wanita

Utusan Sarawak 4 years ago
PENGLIBATAN MEMBERANGSANGKAN… Seramai 15 peserta dari Kampung Tanjong Bako berjaya menamatkan Kursus Kek Lapis Premium yang diadakan di Kolej Komuniti Santubong.

KUCHING: Penganjuran kursus pensijilan bakal melahirkan ramai usahawan wanita terutama di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Demak Laut.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut, Dr Hazland Abang Hipni, penganjurannya yang kini memasuki tahun ke lima akan diadakan setiap tahun sekali gus mempertingkatkan golongan wanita dengan kemahiran baru.

“Kursus pensijilan yang diadakan sebelum ini merangkumi makanan sejuk beku, manisan, hiasan diri dan dandanan yang terbuka kepada setiap penduduk di 28 kampung dalam kawasan DUN Demak Laut.

“Setiap peserta yang mengikuti kursus pensijilan ini akan diberikan sijil yang boleh digunakan untuk mendapatkan bantuan daripada kerajaan seperti SEDC, MARA, TEKUN, Bank Agro, Bank Rakyat dan sebagainya.

“Sebelum itu, mereka perlu mendaftarkan perusahaan mereka untuk memperoleh lesen perniagaan sekiranya berhasrat untuk meneruskan bidang usahawan ini sebagai kerjaya dan sepenuh masa,” katanya semasa ditemui pemberita selepas menyampaikan Sijil Kursus Kek Lapis Premium yang diadakan di Kolej Komuniti Santubong pada Sabtu.

Seramai 15 peserta yang terdiri daripada wanita dari Kampung Tanjong Bako mengambil bahagian dalam Kursus Kek Lapis Premium itu.

Mengulas lanjut Dr. Hazland berkata, untuk menjadi seorang usahawan berjaya, seseorang itu perlu juga mempunyai pengetahuan dalam selok belok perniagaan terutama dalam pengurusan kewangan selain mempunyai kemahiran tersendiri.

“Usahawan perlu juga mengetahui aspek tadbir urus kewangan yang baik bagi memastikan perniagaan yang diusahakan itu dapat dikawal dengan sebaiknya.

“Selain itu, usahawan perlu juga mempunyai premis atau tempat perniagaan dan akaun media sosial seperti whatsApp, Facebook, Instagram dan YouTube bagi tujuan promosi dan pemasaran mengikut keadaan semasa.

“Sejak penularan wabak pandemik Covid-19 ini, ramai usahawan termasuk usahawan wanita telah terkesan disebabkan ketiadaan permintaan selain tidak dibolehkan berniaga secara terbuka bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP),” katanya.

Justeru, dengan adanya beberapa aspek ini, dijangka memulihkan dan menigkatkan sosioekonomi sekali gus memperkasakan wanita dalam kerjaya sebagai usahawan.

Oleh JEAKQLEYN YACHO

Continue Reading

Previous: Malaysia terajui terbitan sukuk global
Next: Skim Pembiayaan PKS PENJANA bernilai RM1.315 bilion diluluskan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.