Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Kursus Pengurusan Kenderaan tingkat kompetensi pemandu farmasi logistik
  • Selatan
  • WILAYAH

Kursus Pengurusan Kenderaan tingkat kompetensi pemandu farmasi logistik

Utusan Sarawak 6 hours ago
PESERTA Kursus Pengurusan Kenderaan Peringkat Zon Selatan Sarawak 2026 mengikuti sesi ceramah dan perkongsian ilmu anjuran JPJ Sarawak bagi meningkatkan kompetensi, disiplin serta kesedaran keselamatan jalan raya dalam kalangan pemandu.

KUCHING: Seramai 26 pemandu dari Cawangan Farmasi Logistik Negeri Sarawak menyertai Kursus Pengurusan Kenderaan Peringkat Zon Selatan Sarawak 2026 yang berlangsung di Dewan Serbaguna Cawangan Farmasi Logistik Negeri Sarawak, semalam.

Kursus yang dijalankan dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sarawak itu bertujuan meningkatkan kompetensi, disiplin serta tahap kesedaran keselamatan jalan raya dalam kalangan warga kerja, khususnya pemandu yang terlibat dalam urusan logistik dan pengangkutan.

Sepanjang kursus tersebut, para peserta mengikuti beberapa sesi ceramah dan perkongsian ilmu yang disampaikan pegawai JPJ Sarawak meliputi aspek pelesenan pemandu, keselamatan jalan raya serta kejuruteraan automotif.

PENDEDAHAN teknikal mengenai komponen enjin kenderaan diberikan kepada peserta Kursus Pengurusan Kenderaan anjuran JPJ Sarawak.

Program berkenaan memberi penekanan terhadap pemanduan berhemah, pematuhan undang-undang jalan raya, pengurusan keselamatan kenderaan serta tanggungjawab pemandu dalam memastikan keselamatan semua pengguna jalan raya sentiasa terpelihara.

Selain meningkatkan pengetahuan dan kemahiran peserta, kursus itu turut dilihat mampu memperkukuhkan tahap profesionalisme serta kompetensi pemandu dalam melaksanakan tugas harian dengan lebih cekap, berintegriti dan bertanggungjawab.

Penganjuran kursus seumpama itu diharap dapat terus memperkasa budaya pemanduan selamat serta melahirkan pemandu yang berdisiplin, profesional dan berdaya saing selaras dengan aspirasi keselamatan jalan raya negara.

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Operasi pembersihan saluran paip dipergiat, aduan air keruh di Kuching menurun
Next: Keselamatan bas sekolah jangan dipolitikkan, rujuk pihak berkuasa berkaitan — Wilfred Yap

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.