Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Kursus AI tarik penyertaan luar daerah, KKSRCS perkasa komuniti digital
  • PENDIDIKAN

Kursus AI tarik penyertaan luar daerah, KKSRCS perkasa komuniti digital

Utusan Sarawak 6 hours ago
SEKITAR berlangsungnya kursus AI Untuk Semua: Pengurusan Maklumat dan Tugasan Harian anjuran Kolej Komuniti Sarikei Cawangan Sibu (KKSRCS) baru-baru ini.

SIBU: Seramai 18 peserta menyertai kursus AI Untuk Semua: Pengurusan Maklumat dan Tugasan Hariananjuran Kolej Komuniti Sarikei Cawangan Sibu (KKSRCS) baru-baru ini.

Menurut kenyataan KKSRCS, program di bawah inisiatif Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) itu berperanan sebagai pemangkin transformasi komuniti melalui pendedahan kepada teknologi kecerdasan buatan (AI), khususnya aplikasi seperti Google NotebookLM dan Gemini.

“Kursus ini turut menerima penyertaan peserta luar daerah, termasuk empat dari Bintulu dan dua dari Bintangor, sekali gus mencerminkan minat yang semakin meningkat terhadap kemahiran AI dalam kalangan masyarakat,” menurut kenyataan itu.

SEKITAR berlangsungnya kursus AI Untuk Semua: Pengurusan Maklumat dan Tugasan Harian anjuran Kolej Komuniti Sarikei Cawangan Sibu (KKSRCS) baru-baru ini.

Dalam pada itu, KKSRCS memaklumkan bahawa pihaknya kini membuka pengambilan pelajar baharu bagi Program Sijil Pengembaraan Pelancongan (SPL) bagi Sesi I 2026/2027.

Inisiatif tersebut, katanya, selari dengan agenda ‘TVET for All’ yang digerakkan oleh Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) bagi memperluas akses pendidikan teknikal dan vokasional kepada semua lapisan masyarakat.

“Program SPL ditawarkan kepada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang lulus Bahasa Melayu dan Sejarah serta memperoleh sekurang-kurangnya satu kredit dalam mana-mana subjek, dengan yuran pengajian serendah RM200 setiap semester.

“Permohonan boleh dibuat melalui sistem UPUOnline sehingga 12 April ini, manakala pendaftaran secara hadir terus dibuka mulai 13 April hingga 21 Ogos 2026 di kampus Sibu,” tambah kenyataan itu.

Sehubungan itu, orang ramai yang berminat boleh mendapatkan maklumat lanjut dengan menghubungi Ahmad Shuhaib di talian 019-4704980 atau Nurmawati di talian 013-5622433.

Oleh Tarani Lanting

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: Insititut Methodist Pilley digesa naik taraf jadi universiti penuh
Next: Semua aktiviti lasak, air babitkan pelajar IPG dihentikan sementara waktu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.