Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Kurang satu peratus mangsa alami trauma serius – Nancy
  • NASIONAL

Kurang satu peratus mangsa alami trauma serius – Nancy

Utusan Sarawak 1 month ago
DATUK Seri Nancy Shukri menyantuni mangsa, Halimah Mohamed (kiri) ketika hadir menyampaikan sumbangan kepada mangsa insiden kebakaran paip gas Petronas di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Putra Heights di Masjid Putra Heights hari ini. Setakat ini, PPS Masjid Putra Heights menempatkan 379 mangsa daripada 97 keluarga susulan insiden itu pada Selasa lepas. Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Seramai 253 mangsa yang terjejas dalam insiden kebakaran gas di Putra Heights, Subang Jaya menerima bantuan kaunseling di Pusat Sokongan Sosial Setempat yang disediakan di pusat pemindahan sementara (PPS).

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri berkata daripada sesi kaunseling yang dikendalikan oleh 10 kaunselor pada setiap hari itu, didapati hanya sebilangan kecil mengalami trauma serius.

DATUK Seri Nancy Shukri bercakap kepada pemberita selepas hadir menyantuni mangsa insiden kebakaran paip gas Petronas di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Putra Heights di Masjid Putra Heights hari ini. Foto BERNAMA

“Ada yang betul-betul trauma (serius), tapi tak ramai. Mengikut peratusan, mungkin kurang satu peratus saja.

“Mereka ini kebanyakannya mahu keluar dari sini (PPS) untuk mendapatkan fresh air dan nak ada teman untuk berkongsikan masalah. Jadi menerusi sesi kaunseling ini, kita bukan sahaja memberikan sokongan emosi malah dapat mengenal pasti keperluan khusus mangsa,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan tinjauan dan menyantuni mangsa di PPS Masjid Putra Heights hari ini.

Nancy berkata antara keperluan yang amat diperlukan mangsa ialah telefon bimbit, alat penapis udara untuk anak-anak autistik, bra penyusuan untuk ibu baru bersalin, minyak angin dan lampin pakai buang.

“Selain itu, kita dapat tahu mangsa juga memerlukan wang tunai untuk menguruskan hal peribadi seperti membayar tambang pengangkutan pergi balik ke hospital untuk melawat anggota keluarga yang sedang menerima rawatan serta membeli barangan keperluan lain.

“Jadi untuk ini, kami ada memberi bantuan kewangan melalui Yayasan Kebajikan Negara,” katanya.

Kebakaran saluran gas Petronas pada 8.10 pagi Selasa lepas mengakibatkan api menjulang setinggi lebih 30 meter dengan suhu mencecah 1,000 darjah Celsius dan mengambil masa hampir lapan jam untuk dipadamkan sepenuhnya. – Bernama

Tags: Nasional

Continue Reading

Previous: Prabowo tiba di Malaysia, adakan pertemuan bersama Anwar
Next: Seramai 41 pegawai, anggota tentera diberhentikan akibat kes buli, penderaan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.