Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Kuota BUDI95 diselaraskan sementara kepada 200 liter sebulan mulai 1 April ini
  • SEMASA

Kuota BUDI95 diselaraskan sementara kepada 200 liter sebulan mulai 1 April ini

Utusan Sarawak 2 hours ago
GAMBAR hiasan. Foto Bernama

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan melaksanakan penyelarasan kelayakan Program Budi MADANI RON95 (BUDI95) daripada 300 liter sebulan kepada 200 liter sebulan bermula 1 April 2026 susulan konflik di Asia Barat.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bagaimanapun menegaskan harga RON95 bersubsidi kekal pada RM1.99 seliter.

“Kita meneliti penggunaan BUDI95 dan mendapati purata penggunaannya sekitar 100 liter sebulan. Ini bermakna majoriti rakyat menggunakan hanya 100 liter, malah hampir 90 peratus rakyat menggunakan kurang daripada 200 liter sebulan, jadi tidak terjejas,” katanya pada perutusan khas hari ini.

“Langkah ini bersifat sementara menunggu bekalan minyak dan keadaan ekonomi dunia pulih, namun setakat ini, tiada tanda-tanda ke arah itu,” katanya.

Pada masa sama, Anwar berkata had siling bagi e-hailing dan pekerja gig dikekalkan sehingga 800 liter, mengambil kira tanggungjawab, pekerjaan serta urusan mereka.

Beliau juga berkata Sabah dan Sarawak akan terus menikmati diesel subsidi pada kadar RM2.15 seliter walaupun harga diesel telah meningkat.

“Bila perbezaan harga ini membengkak, kita harus waspada dan mengambil tindakan pengawalan yang lebih rapi serta penguatkuasaan yang lebih berkesan. Tetapi memandangkan keadaan geografi dan logistik Sabah dan Sarawak, kita mengambil keputusan yang saya fikir munasabah pada peringkat ini. Namun, ketirisan harus dikekang dan dikawal,” katanya.

Perdana menteri berkata kerajaan akan mula menghadkan pengisian  bagi kenderaan ringan pengangkutan darat awam, barangan dan persendirian maksimum 50 liter setiap pembelian; kenderaan pengangkutan darat awam dan barangan tidak melebihi tiga tan (100 liter); dan kenderaan melebihi tiga tan (150 liter).

“Langkah ini bagi memastikan bekalan tersedia, diagihkan secara adil dan mencukupi kepada semua. Tanpa penyesuaian ini, kita bimbang ada kecenderungan untuk mengumpul dan menyeludup seperti yang telah dikesan sebelum ini,” katanya.

Sehubungan itu, Anwar merayu kepada rakyat supaya tidak merasa tertekan dan memahami bahawa langkah yang diambil adalah sangat teliti dan berhemah berikutan tekanan yang dihadapi negara ketika ini.

“Sebagai contoh, kita melaksanakan BUDI95. Semua negara, terutama negara jiran telah menaikkan harga minyak tetapi Malaysia mengambil keputusan mengekalkan mengekalkan harga minyak BUDI95 pada kadar RM1.99 seliter.

“Jadi, saya mohon rakyat dan rakan-rakan memahami bahawa langkah ini terpaksa diambil demi menjaga kepentingan ramai. Ia mungkin sedikit menyusahkan sebahagian rakyat, tetapi saya mohon pengertian dan kerjasama supaya kita dapat teruskan usaha bagi mengelak ketirisan ini,” katanya.- Bernama

Continue Reading

Previous: Kerajaan Madani ambil pendekatan pragmatik tangani subsidi bahan api di sebalik konflik Asia Barat
Next: Penjawat awam boleh bekerja dari rumah secara berperingkat – Anwar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.