Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Kunlavut dari Thailand rangkul gelaran Super 1000 pertama, terima hadiah daripada Chong Wei
  • SUKAN

Kunlavut dari Thailand rangkul gelaran Super 1000 pertama, terima hadiah daripada Chong Wei

Utusan Sarawak 10 hours ago
PEMAIN Thailand Kunlavut Vitidsaran menjuarai Perseorangan Lelaki pada Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia Petronas 2026 di Stadium Axiata Arena hari ini. Kunlavut Vitidsaran menewaskan pemain China Shi Yu Qi 23-21, 6-1. Foto Bernama

KUALA LUMPUR: Pemain badminton Thailand Kunlavut Vitidsarn meraikan penamat sempurna pada Terbuka Malaysia 2026 selepas menerima gelaran BWF Super 1000 pertama daripada idolanya sendiri, legenda badminton negara Datuk Seri Lee Chong Wei di Axiata Arena, Bukit Jalil hari ini.

Bagaimanapun, kemenangan itu tidak seperti yang diharapkan apabila lawannya, Shi Yu Qi dari China terpaksa menarik diri selepas ketinggalan 21-23 dan 1-6 akibat kecederaan belakang.

“Saya berasa sangat gembira (memenangi Terbuka Malaysia) kerana saya tidak pernah memikirkan perkara ini sebelum ini. Saya fikir Yu Qi adalah pemain bertaraf tinggi dan saya berharap beliau segera sembuh,” katanya di sini hari ini.

Kunlavut turut merakamkan penghargaan kepada Chong Wei kerana sentiasa memberikan nasihat kepadanya mengenai cara mengawal segala perkara di dalam atau di luar gelanggang.

Juara dunia 2023 itu kini menyasarkan pingat emas Olimpik dan kejuaraan All England. 

Ini adalah kali pertama Kunlavut mara ke final Super 1000 sejak penampilan sulungnya dalam kejohanan Super 1000 pada 2020 dan sejak itu, beliau telah beraksi dalam 17 kejohanan, dengan mara ke separuh akhir sebanyak empat kali.

Sementara itu, pemain nombor satu dunia dari Korea Selatan An Se Young sekali lagi mempamerkan kualiti luar biasa apabila merangkul gelaran perseorangan wanita secara dramatik, sekali gus melengkapkan hatrik kejuaraan Terbuka Malaysia.

PEMAIN Thailand Kunlavut Vitidsaran (kanan) menjuarai Perseorangan Lelaki pada Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia Petronas 2026 di Stadium Axiata Arena hari ini. Kunlavut Vitidsaran menewaskan pemain China Shi Yu Qi 23-21, 6-1. Foto Bernama

Selepas memenangi set pertama 21-15, Se Young kelihatan hampir diheret ke set penentuan apabila ketinggalan 9-17 pada set kedua, namun juara Olimpik itu melakukan kebangkitan luar biasa untuk menang 24-22, sekali gus mengesahkan kemenangan ke atas Wang Zhi Yi dari China dalam perlawanan sengit selama 56 minit.

Kemenangan itu menandakan kejayaan ke-17 Se Young ke atas Zhi Yi dalam pertemuan mereka, dengan bintang Korea itu mengaitkan kejayaannya dengan keyakinan serta komitmen untuk bermain mengikut corak permainannya sendiri.

Se Young meraih 11 gelaran daripada 12 final yang disertai pada musim 2025. 

Sementara itu, pasangan China Liu Sheng Shu-Tan Ning menewaskan wakil Korea Selatan Baek Ha Na–Lee So Hee, 21-18, 21-12 untuk merangkul gelaran beregu wanita.

China turut memenangi gelaran beregu campuran apabila Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping menewaskan rakan senegara mereka Jiang Zhen Bang-Wei Ya Xin secara straight set 21-19, 21-19.

Juara perseorangan membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah AS$101,500 (kira-kira RM415,490.25) manakala juara beregu menerima AS$107,300 (kira-kira RM439,232.55).

-Bernama  

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Seu Bock sah kembali latih skuad perseorangan lelaki senior kebangsaan – Chong Wei
Next: Aaron-Wooi Yik gagal pecah kemarau 12 tahun di Terbuka Malaysia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.