Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Kunjungan Tahun Baharu Cina perkukuh hubungan kerajaan negeri, komuniti Bintulu
  • TEMPATAN

Kunjungan Tahun Baharu Cina perkukuh hubungan kerajaan negeri, komuniti Bintulu

Utusan Sarawak 8 hours ago
TIMBALAN Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian bersama pemimpin masyarakat dan ahli keluarga tuan rumah semasa kunjungan rumah terbuka Tahun Baharu Cina dalam suasana penuh muhibah di Bintulu.

BINTULU: Siri kunjungan Tahun Baharu Cina oleh Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian ke beberapa kediaman pemimpin masyarakat dan komuniti di sini hari ini mencerminkan komitmen berterusan kerajaan negeri dalam memperkukuh hubungan bersama rakyat.

Dr Sim yang juga Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) meluangkan masa menyantuni masyarakat menerusi tradisi kunjung-mengunjung sempena perayaan bagi menyampaikan ucapan Tahun Baharu Cina serta mengeratkan hubungan silaturahim.

TIMBALAN Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian bersama tuan rumah dan tetamu bergambar kenangan semasa kunjungan Tahun Baharu Cina di kediaman pemimpin masyarakat di Bintulu.

Kunjungan bermula pada 1.00 petang di kediaman Temenggong Dato Chai Shong Phian di Lucky Garden, Jalan Tanjung Batu, yang menjadi lokasi pertemuan masyarakat pelbagai kaum bersama pemimpin negeri dalam suasana santai dan mesra.

Lawatan diteruskan pada 2.00 petang ke kediaman Datuk Wong Aik Luong di Jalan Persiaran Mempelam, Tanjung Batu. Wong yang juga Pengerusi Lembaga Pengurusan Sekolah Menengah Kai Dee turut berkongsi perkembangan sektor pendidikan tempatan bersama rombongan.

TIMBALAN Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian menyampaikan salam Tahun Baharu Cina kepada masyarakat sambil disambut persembahan tarian singa sempena kunjungan perayaan di Tanjung Batu.

Seterusnya pada 3.00 petang, Dr Sim mengadakan kunjungan ke kediaman Naib Presiden Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah Sarawak (SHEDA) merangkap Pengerusi SHEDA Cawangan Bintulu, Noel Yek Nae Shiuan di Starhill, Jalan Tun Hussein Onn.

Siri kunjungan tersebut diakhiri pada 4.00 petang di kediaman Presiden Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Sarawak (ACCCIS) yang juga Presiden Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Bintulu (BCCCI), Kong Chiong Ung di Taman Tinggi 2.

Sepanjang kunjungan berkenaan, Dr Sim turut bertukar pandangan dengan pemimpin komuniti, tokoh pendidikan serta wakil sektor perniagaan mengenai pembangunan setempat dan peranan masyarakat dalam menyokong agenda pembangunan Sarawak.

TIMBALAN Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian menerima cenderamata daripada tuan rumah ketika siri kunjungan Tahun Baharu Cina di Bintulu bagi mengeratkan hubungan komuniti setempat.

Kehadiran masyarakat pelbagai lapisan di setiap lokasi jelas menunjukkan sambutan positif terhadap pendekatan kepimpinan turun padang yang diamalkan kerajaan negeri dalam mendekati rakyat.

Amalan kunjung-mengunjung sempena musim perayaan bukan sahaja mengekalkan tradisi masyarakat Cina, malah menjadi platform memperkukuh perpaduan masyarakat serta kerjasama antara kerajaan, komuniti dan sektor ekonomi tempatan.

Oleh Carolyne Utih

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Bazar Ramadan Lundu perkenal pembayaran digital, utamakan aspek kebersihan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.