Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Kunjungan sempena TBC eratkan hubungan pemimpin dan masyarakat
  • Tengah
  • WILAYAH

Kunjungan sempena TBC eratkan hubungan pemimpin dan masyarakat

Utusan Sarawak 6 hours ago
RAKAM KENANGAN… Dato’ Sri Huang Tiong Sii bergambar bersama KMKK dan ahli keluarga KMKK. Foto Pusat Khidmat DUN Repok

SARIKEI: Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi, Dato’ Sri Huang Tiong Sii meluangkan masa mengunjungi ketua masyarakat dan ketua kaum (KMKK) masyarakat Cina bagi menyemarakkan semangat perpaduan sempena sambutan Tahun Baharu Cina (TBC).

Kunjungan tersebut diadakan sebagai usaha mendekati masyarakat di peringkat akar umbi di samping mengeratkan hubungan silaturahim antara pemimpin dan masyarakat setempat dalam suasana perayaan.

Katanya yang juga Ahli Parlimen Sarikei dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok, sambutan TBC merupakan masa yang sesuai untuk memperkukuh hubungan antara pemimpin dan masyarakat serta menyampaikan ucapan perayaan secara langsung kepada pemimpin masyarakat yang memainkan peranan penting dalam pembangunan komuniti.

“Saya ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua KMKK dan masyarakat setempat yang selama ini memberikan sokongan dan kerjasama kepada kerajaan dalam melaksanakan pelbagai inisiatif pembangunan.

“Saya berharap kita semua dapat terus bersatu padu, bekerjasama dan memainkan peranan masing-masing dalam memastikan pembangunan kawasan terus berjalan dengan baik dan memberi manfaat kepada rakyat,” katanya ketika ditemui media, baru-baru ini.

Dalam kunjungan tersebut, beliau turut beramah mesra, bertukar pandangan serta menyampaikan ucapan TBC kepada KMKK masyarakat Cina yang dikunjungi.

Tambahnya, kunjungan tersebut memperkukuh hubungan kerjasama antara pemimpin dan masyarakat dalam memastikan pembangunan yang dirancang dapat dilaksanakan dengan berkesan.

Antara yang dikunjungi oleh beliau ialah Penghulu Ley Kok Lun dan Penghulu Yeu Chii Tung.

Tiong Sii turut menzahirkan harapan agar sambutan TBC tahun ini membawa kesejahteraan, kebahagiaan serta kemakmuran kepada seluruh masyarakat, khususnya di kawasan Parlimen Sarikei dan DUN Repok.

Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Program Sejati MADANI perkasa ekonomi komuniti luar bandar
Next: Toyota Land Cruiser disita dalam Ops Luxury di Sibu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.