Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Kunjungan ‘Ngabang Rayau’ tradisi eratkan ikatan sempena Aidilfitri    
  • Tengah
  • WILAYAH

Kunjungan ‘Ngabang Rayau’ tradisi eratkan ikatan sempena Aidilfitri    

Utusan Sarawak 1 month ago
DATO Dr Richard Rapu dan rombongan telah mengadakan kunjungan ‘Ngabang Rayau’ di kediaman KMKK di Kampung Melayu Betong pada hari pertama Syawal. Foto Dr Richard Rapu

BETONG: Ahli Parlimen Betong, Dato Dr Richard Rapu telah mengadakan kunjungan ‘Ngabang Rayau’ di kediaman Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) di Kampung Melayu Betong, hari pertama Syawal.

Antara lokasi yang menjadi kunjungan ‘Ngabang Rayau’ adalah kediaman Penghulu Abang Suhailie Abang Pay, Rumah Ketua Kampung (KK) Abang Dahlan Abang Sulaiman, Rumah KK Abang Abdul Manaf Abang Zaini, Abang Ullie Abang Pay, KK Abang Shafardilla Abang Pay, KK Rokiah Mahmud, Kaunselor Abdul Rahim Jaini, KK Kama Lugom dan rumah KK Jeffri Serini.

Richard berkata amalan saling kunjung-mengunjungi merupakan satu tradisi oleh ahli-ahli keluarga, tetangga dan sahabat sempena Aidilfitri, dan perayaan lain perlu diteruskan.

“Ambillah masa dan peluang ini untuk mengeratkan hubungan silaturahim sesama ahli keluarga, tetangga dan sahabat, agar kita dapat menghabiskan masa bersama-sama, berkongsi cerita dan mengeratkan ikatan yang telah terjalin,” katanya.

Dr Richard berkata tradisi kunjung-mengunjungi semasa sambutan Aidilfitri dapat memupuk nilai-nilai keharmonian dan toleransi dalam suasana yang penuh dengan kegembiraan dan keberkatan.

“Kunjungan ini menjadi peluang untuk melupakan segala perbezaan dan memperkuat persaudaraan antara individu dari latar belakang dan kepercayaan yang berbeza-beza.

“Seharusnya kita jadikan kunjungan semasa Aidilfitri sebagai sebahagian daripada warisan budaya yang penting, agar kita dapat memelihara dan mengukuhkan identiti budaya, sambil menghormati dan menghargai kepelbagaian budaya di sekeliling kita,” jelasnya.

Turut hadir bersama adalah Pegawai Daerah Betong Laga Kueh, Penolong Pegawai Tadbir Perancangan dan Pembangunan Sosial Daerah Betong Christina Peter, Pegawai UKAS Bahagian Betong Tony Malang, Pegawai dari Pusat Khidmat Layar Kaunselor Horace Entoi.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Surau Darul Muafiqin Taman Seroja Indah akan terus dinaik taraf
Next: Abang Johari meriahkan Rumah Terbuka Aidilfitri Abdul Wahab Dolah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.