Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Kunjungan hormat Pro-Canselor UNIRAZAK kepada Tun Wan Junaidi
  • SEMASA

Kunjungan hormat Pro-Canselor UNIRAZAK kepada Tun Wan Junaidi

Utusan Sarawak 13 hours ago
TUN Wan Junaidi dan Toh Puan Fauziah menerima kunjungan hormat kenalan lama, Pro-Canselor merangkap Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK), Dato’ Mohamed Nizam Abdul Razak, pagi tadi. Foto Astana Negeri Sarawak

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar bersama Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi menerima kunjungan hormat kenalan lama, Pro-Canselor merangkap Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK), Dato’ Mohamed Nizam Abdul Razak, pagi tadi.

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif, Amil Izham Hamzah dan Ketua Pegawai Operasi, Mohamed Fairuz Mohamed Noor.

Hubungan persahabatan antara Tun Wan Junaidi dan Dato’ Mohamed Nizam terjalin sejak beliau menyandang jawatan sebagai Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi pada 2020 hingga 2021.

Pada pertemuan tersebut, Tun Wan Junaidi turut berkongsi pengalaman sepanjang memegang pelbagai jawatan di peringkat Kerajaan Persekutuan termasuk peranan beliau dalam aspek Perlembagaan Persekutuan serta penglibatan secara langsung dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

TUN Wan Junaidi dan Toh Puan Fauziah menerima kunjungan hormat kenalan lama, Pro-Canselor merangkap Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK), Dato’ Mohamed Nizam Abdul Razak, pagi tadi. Foto Astana Negeri Sarawak
 

Tun Wan Junaidi turut menekankan kepentingan ahli akademik dan sejarawan tempatan untuk mempergiatkan usaha penulisan serta penerbitan buku berkaitan sejarah Malaysia dan khususnya Sarawak agar masyarakat tidak hanya bergantung kepada penulisan serta rujukan daripada sarjana asing.

Tun Wan Junaidi menzahirkan penghargaan atas kunjungan pihak UNIRAZAK dan berharap agar universiti tersebut terus memainkan peranan penting dalam melahirkan modal insan berkualiti tinggi, selain memperkukuh bidang penyelidikan dan penerbitan ilmiah yang dapat menyumbang kepada pembangunan negara serta kesejahteraan masyarakat.

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: STB kembali sertai NATAS 2025, perhebat promosi Sarawak di Singapura
Next: Premier Sarawak terima kunjungan hormat LONGi, perkukuh hubungan strategik

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.