Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Kunjungan hormat Ketua Polis Daerah Kuching ke Datuk Bandar MBKS
  • Selatan
  • WILAYAH

Kunjungan hormat Ketua Polis Daerah Kuching ke Datuk Bandar MBKS

Utusan Sarawak 1 day ago
KUNJUNGAN… Datuk Bandar MBKS, Dato Wee Hong Seng, menerima kunjungan hormat Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Alexson Naga Chabu (kiri) bersama pegawai kanan polis di Pejabat MBKS bagi memperkukuh kerjasama meningkatkan keselamatan awam di Kuching.

KUCHING: Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS), Dato Wee Hong Seng, hari ini menerima kunjungan hormat daripada Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Polis (ACP) Alexson Naga Chabu bersama pegawai kanan polis di Pejabat MBKS.

Perbincangan menumpukan kepada usaha memperkukuh kerjasama antara MBKS dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam memastikan keselamatan serta kesejahteraan penduduk Kuching.

Fokus utama ialah membanteras kegiatan perjudian dalam talian haram yang beroperasi secara senyap di kedai serbaneka dan kedai kopi di sekitar bandar.

KUNJUNGAN… Datuk Bandar MBKS, Dato Wee Hong Seng, menerima kunjungan hormat Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Alexson Naga Chabu bersama pegawai kanan polis di Pejabat MBKS bagi memperkukuh kerjasama meningkatkan keselamatan awam di Kuching.

Kedua-dua pihak bersetuju untuk mempertingkatkan operasi penguatkuasaan bersama, berkongsi maklumat secara berkala serta menukar risikan demi meningkatkan keberkesanan tindakan.

Isu keselamatan awam lain seperti kehadiran gelandangan dan individu kurang siuman di kawasan awam turut dibincangkan.

Beliau menegaskan kesediaan MBKS untuk bekerjasama dengan pihak polis dan agensi berkaitan termasuk Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) serta Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (JKNS) bagi mencari penyelesaian terancang dan mampan.

Dalam pada itu, beliau mengucapkan terima kasih atas pendekatan proaktif ACP Alexson dan pasukan polis serta menegaskan komitmen penuh MBKS untuk menyokong inisiatif kerjasama demi memastikan keselamatan, ketenteraman dan kualiti hidup masyarakat di Kuching terus terjamin.

Turut hadir Timbalan Ketua Polis Daerah, Supt Merbin Lisa, Pegawai Penyiasat Jenayah Daerah, DSP Mohd Hafizi Ishak, Pegawai Cawangan Khas Daerah, Dsp Amir Ali serta Ketua Balai Polis Padungan, Inspektor Goh Chen Hong.

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Ketua Pemuda PRS Dudong sokong Christopher Gira tanding jawatan Ketua Pemuda PRS
Next: RM128,000 diperuntuk bagi pembangunan rumah panjang di Lubok Antu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.