Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Kunjungan hormat Jawatankuasa Penganjur CCBW 2025 ke Pejabat Setiausaha Persekutuan Sarawak
  • SEMASA

Kunjungan hormat Jawatankuasa Penganjur CCBW 2025 ke Pejabat Setiausaha Persekutuan Sarawak

Utusan Sarawak 14 hours ago
KUNJUNGAN hormat Jawatankuasa Penganjur Cat City Bike Week 2025 (CCBW 2025) ke atas Dato Ahmad Nadzri Mohd Hassan.

KUCHING: Jawatankuasa Penganjur Cat City Bike Week 2025 (CCBW 2025) telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Setiausaha Persekutuan Sarawak (SUPS), Dato Ahmad Nadzri Mohd Hassan di Pejabat Setiausaha Persekutuan Sarawak, Bangunan Sultan Iskandar, di sini, baru-baru ini.

Kunjungan tersebut diketuai oleh Pengerusi CCBW 2025, Abang Nor Nasaruddin Abang Noorzuki, bersama dua ahli jawatankuasa yang lain, Ahmadul Mustapha Karim dan Haslan Mohd Yusri.

Tujuan kunjungan tersebut adalah untuk memberikan makluman rasmi serta menjemput SUPS ke acara Cat City Bike Week 2025 pada 25, 26 dan 27 Julai ini, bertempat di Parkir Stadium Negeri Sarawak, Petra Jaya.

Abang Nor Nasaruddin menjelaskan CCBW 2025 merupakan acara tahunan yang menghimpunkan komuniti permotoran dari dalam dan luar negara, dan dijangka akan memberikan impak positif kepada sektor pelancongan serta ekonomi setempat.

Katanya, penganjuran CCBW 2025 bukan sahaja menampilkan kemeriahan dunia permotoran, malah turut membawa misi yang lebih besar kepada komuniti dan pembangunan negeri.

“Acara anjuran tahunan ini bertujuan menghimpunkan komuniti permotoran dari dalam dan luar negara, menjadikannya sebagai platform perkongsian minat serta pengukuhan jaringan antara peminat, kelab dan penggiat industri permotoran serantau,” katanya.

Tambahnya, CCBW 2025 turut memainkan peranan penting dalam mempromosikan Kuching sebagai destinasi pelancongan bertaraf antarabangsa menerusi penganjuran aktiviti berskala besar yang mampu menarik pelancong domestik dan antarabangsa.

Selain itu, penganjuran acara ini juga dilihat sebagai medium untuk mengukuhkan perpaduan dan jaringan sosial dalam kalangan masyarakat berbilang kaum yang berkongsi minat terhadap dunia permotoran, sekali gus menyemai nilai toleransi dan semangat muhibah.

Dalam aspek pembangunan ekonomi, CCBW 2025 turut menyokong pertumbuhan ekonomi setempat melalui penglibatan vendor, usahawan tempatan serta pelbagai agensi sokongan yang akan mengambil bahagian sepanjang acara berlangsung.

Penganjur optimis bahawa acara ini bukan sahaja akan memberi impak positif kepada komuniti permotoran, malah berpotensi menjadi pemangkin kepada pertumbuhan sektor pelancongan, ekonomi dan sosial negeri Sarawak.

CCBW 2025 dianjurkan oleh Cat City Motorsport Club, sebuah kelab berdaftar secara rasmi di bawah Pesuruhjaya Sukan Sarawak dan Kementerian Belia & Sukan (KBS).

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Anwar ucap selamat ulang tahun ke-100, doakan kesejahteraan Dr Mahathir
Next: Abang Johari kemuka tiga cadangan praktikal, perkukuh ekosistem hidrogen serantau

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.