
Foto : Polis Sarawak
KUCHING: Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohamad Zainal Abdullah menerima kunjungan hormat daripada Petronas yang diketuai oleh Pengurus Besar Kanan, Keselamatan Kumpulan, Mohd Noor Ahmad bertempat di Bilik Tetamu Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak di sini petang tadi.
Kunjungan hormat ini adalah untuk mewujudkan kolaborasi antara kedua belah pihak berkaitan isu semasa dan memperkukuh kerjasama strategik dalam aspek keselamatan serta kesejahteraan komuniti. Pertemuan ini diharap dapat mempereratkan hubungan kerja antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) Sarawak dan Petronas demi kepentingan bersama.
Hadir sama, Ketua Jabatan Pengurusan Sarawak, SAC Zulkipli Suhaili; Ketua Cawangan Khas Sarawak, SAC Mahbub Mustofa Norsalim; Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Sarawak, SAC Roselina Daud serta delegasi dari pihak Petronas.