Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Kunjungan Gawai Dato’ Sri Doris di Rumah Peny Ngau, Melugu
  • Selatan
  • WILAYAH

Kunjungan Gawai Dato’ Sri Doris di Rumah Peny Ngau, Melugu

Utusan Sarawak 3 weeks ago
DATO Sri Doris Sophia Brodie semasa melakukan kunjungan Gawai bersama penduduk Rumah Peny Ngau di Melugu, kelmarin. Foto: Ahli Parlimen Sri Aman

SRI AMAN: Perayaan Gawai Dayak bukan sekadar sambutan musim menuai, tetapi merupakan sebuah platform bermakna yang menyatukan rakyat Sarawak berbilang kaum.

Ahli Parlimen Sri Aman, Dato Sri Doris Sophia Brodie berkata Gawai Dayak merupakan masa untuk memperkukuh nilai kekeluargaan, merapatkan hubungan silaturahim serta menghayati warisan budaya kaya yang melambangkan identiti masyarakat Dayak dan kekuatan negeri ini.

“Kita sangat bertuah hidup dalam sebuah masyarakat berbilang kaum yang menjunjung tinggi nilai toleransi dan keharmonian. 

“Seperti perayaan lain di Sarawak, Gawai menjadi jambatan dan pengikat hubungan antara semua lapisan masyarakat,” katanya semasa melakukan kunjungan Gawai bersama penduduk Rumah Peny Ngau di Melugu, kelmarin.

Doris berkata keunikan yang terdapat di Sarawak ini khususnya di Parlimen Sri Aman yang terkenal dengan pelbagai etnik harus dikekalkan untuk generasi akan datang.

“Kita harus bersyukur dengan kestabilan dan keharmonian di Sarawak membolehkan masyarakatnya yang berbilang kaum dan agama hidup dan menikmati kestabilan pemerintahan di bawah kerajaan sedia ada. 

“Rakyat tidak harus menggadaikan keharmonian ini sebaliknya bekerjasama dengan kerajaan untuk memastikan negeri ini terus aman dan makmur,” tegasnya.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: ADUN Krian harap generasi muda warisi budaya ‘Ngiling Tikai’
Next: Perpecahan rumah panjang sukarkan pemulihan, penempatan semula

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.